fbpx

MyFitnessPal: Panduan Aplikasi Diari Makanan

Jika anda ingin membuat satu diari makanan untuk menjejak apa yang anda telah makan dalam satu hari, aplikasi MyFitnessPal merupakan satu platform percuma yang boleh anda cuba.

In this article:

Aplikasi dan laman web MyFitnessPal menjadikan diari makanan anda lengkap dengan jumlah kalori makanan, kandungan nutrisi makro yang anda telah makan, rekod jumlah pengambilan air dan juga rekod senaman.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga boleh membantu anda meletakkan sasaran kalori dan peratusan nutrisi makro yang anda mahukan, tidak kira jika anda mahu kuruskan badan atau menambah jisim otot, myfitnesspal boleh membantu.

Sekali lagi, paling penting, ia boleh digunakan secara percuma. Mereka ada berikan pilihan Premium yang membolehkan anda melihat komposisi nutrisi makro setiap makanan, export data, set nutrisi makro menggunakan gram dan banyak lagi pilihan lain.

Namun, paltform percuma mereka sudah cukup untuk kita manfaatkan.

panduan mengguna myfitnesspal

Bagaimana mahu gunakan aplikasi Myfitnesspal?

1. Muat turun aplikasi

panduan mengguna myfitnesspal

Pertama sekali, pergi ke appstore anda dan buat carian MyFitnessPal.

Saya sertakan link di bawah untuk mudahkan anda.

2. Daftar akaun MyFitnessPal

panduan mengguna myfitnesspal

Buka aplikasi anda dan pilih untuk buka akaun menggunakan emel atau akaun facebook anda.

Kalau pilih emel anda perlu reka password baru. Jika guna akaun facebook, anda hanya perlu tekan butang ‘sign in with facebook’ sahaja.

3. Masukkan maklumat peribadi

Untuk mula menggunakan aplikasi ini, masukkan data peribadi anda seperti sasaran berat badan, berat, tinggi dan aktiviti fizikal.

Secara asasnya maklumat tersebut akan digunakan untuk mengira keperluan kalori harian anda atau TDEE. Kalau anda nak faham lebih lanjut mengenai kiraan kalori harian, anda boleh baca panduan lengkap memahami kalori yang telah saya sediakan.

Setelah memasukkan semua data, anda akan diberikan anggaran kalori harian anda dan terus boleh menggunakan aplikasi ini.

4. Setting akaun MyFitnessPal anda

Sebagai permulaan, anda pasti mahu letakkan sendiri nilai sasaran kalori dan nutrisi makro anda.

Secara default, aplikasi ini sebenarnya akan mengira keperluan kalori harian berdasarkan sasaran anda tadi. Jika mahu kuruskan badan, ia akan mengira defisit mengikut sasaran penurunan berat badan anda secara automatik.

Tetapi, jika anda sudah mempunyai sasaran kalori dan nutrisi makro anda sendiri, anda boleh ubah settings tersebut dengan mudah.

Ikuti langkah yang saya sediakan ini.

panduan mengguna myfitnesspal

5. Mengubah sasaran kalori dan nutrisi makro dalam MyFitnessPal

Jika anda telah mencapai sasaran atau ingin mengubah nilai kalori harian atau nutrisi makro, nilai target anda juga boleh diubah dengan mudah.

Sebagai contoh, berat anda sudah mula turun dan keperluan kalori anda tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu, nilai kalori tersebut boleh ditukar mengikut langkah yang telah saya sediakan.

Baik. Sekarang anda sudah boleh letakkan target sasaran kalori dan nutrisi makro anda.

6. Masukkan data diari makanan MyFitnessPal anda

Jika anda lihat pada home screen anda, ada butang tambah di belah bawah skrin. Tekan butang itu dan anda akan lihat pilihan data yang boleh anda masukkan.

Tekan pada mana-mana pilihan dan anda akan dibawa untuk memasukkan data tersebut.

Setelah beberapa ketika menggunakan aplikasi ini, anda sebenarnya boleh melihat data keseluruhan maklumat tersebut supaya menjadi tanda aras kepada apa yang perlu anda tambah atau kurangkan.

Bagaimana menggunakan fungsi barcode scanner?

Kalau anda gunakan aplikasi MySejahtera atau mana-mana aplikasi telefon pintar lain, anda pasti pernah bertemu dengan fungsi barcode scanner ini.

Aplikasi MySejahtera sebagai contoh, menggunakan barcode scanner untuk ‘check in’ tempat yang anda lawati bagi memudahkan contact tracing jika ada kes positif COVID-19.

Anda belum ada MySejahtera? Ikuti panduan muat turun MySejahtera yang telah saya sediakan ini.

Dalam aplikasi MyFitnessPal ini juga menggunakan fungsi barcode scanner untuk memudahkan anda memasukkan data kalori dan nutrisi makanan.

barcode scan myfitnesspal

Gunakan fungsi barcode scanner dalam Meal Plan Sihatologi

Apabila saya mengamalkan amalan pemakanan yang lebih sihat, antara perkara yang saya hadapi kesukaran adalah tak tahu nak makan apa dan kesukaran merekodkan data kalori dan nutrisi makanan.

Biasanya, apabila saya gunakan aplikasi MyFitnessPal ini, awal-awal saya akan rajin masukkan makanan, tetapi selepas beberapa ketika jadi berat sikit nak cari jenis makanan yang seakan-akan sama dengan apa yang saya makan.

Dalam database MyFitnessPal memang ada data makanan Malaysia pun, cumanya ketepatan itu mungkin boleh dipertikaikan.

Oleh itu, solusi bagi masalah-masalah ini adalah dengan menghasilkan Meal Plan Sihatologi ini.

Berdasarkan resepi yang disediakan, anda hanya perlu scan barcode dan semua maklumat nutrisi masuk ke diari makanan anda!

Setelah menggunakan Meal Plan Sihatologi ini;

  • Saya sudah boleh rancang menu makanan saya selama seminggu.
  • Saya tidak terkial-kial semasa di pasar dan pasaraya untuk beli barang.
  • Barang yang dibeli adalah berdasarkan resepi meal plan seminggu, jadi saya elakkan pembaziran.
  • Tidak bazir masa untuk masak, resepi adalah mudah dan cepat.
  • Berjaya makan dengan sihat dan bernutrisi tinggi sepanjang minggu.

Anda boleh dapatkan meal plan, shopping list, resepi yang lengkap dengan barcode MyFitnessPal ini serta banyak lagi panduan pemakanan dalam Pek Resepi Sihat kami edisi Starter Pack & High Protein Pack ini.

Download panduan ini dalam bentuk ebook (percuma!)

Share this with your friends & family!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Dr Kushairi Zuradi

Dr Kushairi Zuradi

Dr. Kushairi is a medical doctor working in Rehabilitation Medicine which deals with a wide range of diseases including post stroke and amputees. He started Sihatologi.com with the aim to educate as much people to live healthier, happier, better lives and prevent chronic diseases. He was once an obese guy but managed to control it. Loves his coffee black, no sugar and aim to run his first full marathon when the events start rolling again.

Contact Me
Select your currency
USD United States (US) dollar

Download Your

Free Healthy Recipe Cookbook

In PDF format. Bring anywhere you go. Includes many tasty healthy recipes, step by step guide, nutritional info, meal plan and shopping list. Download Now!

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.