fbpx

Resepi Salad Telur Dan Avokado – Mudah, Cepat & Sihat!

Dengan menambah telur yang tinggi dengan sumber protein serta buah avokado yang tinggi dengan lemak sihat membawa salad kita ke tahap yang lebih hebat dan sihat!

In this article:

Terdapat pelbagai cara untuk dapatkan nutrisi daripada salad bersama jenis makanan sihat yang mengenyangkan dan sihat. Dengan menambah telur yang tinggi dengan sumber protein serta buah avokado yang tinggi dengan lemak sihat membawa salad kita ke tahap yang lebih hebat dan sihat!

Resepi salad ini juga sangat mudah dilakukan. Orang yang tak ada skill di dapur pun boleh buat. Cuma perlu sediakan bahan-bahan sahaja.

Bahan-bahan juga adalah bersihat boleh-ubah. Maksudnya jika tidak ada beberapa bahan, anda boleh tambah sahaja bahan-bahan yang anda sudah ada dan dirasakan bersesuaian.

Buah avokado juga bukanlah satu bahan yang biasa kita gunakan. Harganya juga agak boleh tahan di pasaraya. Tetapi jika anda sudah jemu dan serba salah mahu sarapan dengan roti canai atau nasi lemak, mungkin anda boleh selit resepi ini sekali seminggu.

Ia sudah cukup untuk upgrade amalan pemakanan anda menjadi lebih sihat.

salad telur avokado

Masa yang diperlukan

Masa Prep

10 min

Masa Memasak

0 min


Kandungan nutrisi salad telur dan avokado

Kalori

311 kcal        

          

Karbohidrat

8g

Protein

15g

Lemak

26g

Bahan-bahan yang diperlukan

Boleh ubah ikut kesesuaian
  1. 3 biji telur
  2. 2 oz. (60g) salad rocket
  3. ½ lemon, diperah
  4. 1 tsp. minyak zaitun
  5. 1 biji avokado
  6. 1/8 cup (20g) feta cheese
  7. 1 tbsp. sunflower seeds (atau labu)

Cara-caranya

Mudah tanpa perlu memasak
  1. Rebus telur. Jika mahu hard boil rebus selama 5-8 minit.
  2. Letakkan salad roket (atau boleh guna jenis lain) ke dalam mangkuk, kemudian perahkan jus lemon, minyak zaitun dan letakan garam dan lada hitam secukup rasa. Minyak zaitun selalunya saya letak lebih sikit.
  3. Gaulkan salad menggunakan tangan untuk betul-betul ratakan bahan.
  4. Kemudian potong avokado, buang kulit dan biji, potong dalam bentuk dadu.
  5. Letakkan avokado tadi bersama feta cheese yang ditaburkan bersama sunflower seed.
  6. Apabila telur sudah masak, potong 1/4 dan letakkan garam, lada hitam dan jus perahan lemon secukup rasa.
salad avokado telur

Download resepi ini untuk rujukan dalam smartphone anda

resepi salad avokado telur

Kongsi

Anda nak cuba resepi salad mudah ini? Kongsikan dengan sahabat dan keluarga anda yang tercari-cari resepi salad yang mudah begini. Mereka mesti berterima kasih dengan anda.

Kalau dah cuba, review di sini okey? Saya nak tahu juga feedback bagaimana.

Anda suka resepi ini?

Resepi ini adalah sebahagian daripada panduan lengkap untuk anda ubah gaya pemakanan menjadi lebih sihat. Jika anda sukakan panduan yang saya berikan dalam resepi ini, anda pasti mahu dapatkan Starter Pack: Makan Lebih Sihat ini.

Share this with your friends & family!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Dr Kushairi Zuradi

Dr Kushairi Zuradi

Dr. Kushairi is a medical doctor working in Rehabilitation Medicine which deals with a wide range of diseases including post stroke and amputees. He started Sihatologi.com with the aim to educate as much people to live healthier, happier, better lives and prevent chronic diseases. He was once an obese guy but managed to control it. Loves his coffee black, no sugar and aim to run his first full marathon when the events start rolling again.

Contact Me
Select your currency
USD United States (US) dollar

Download Your

Free Healthy Recipe Cookbook

In PDF format. Bring anywhere you go. Includes many tasty healthy recipes, step by step guide, nutritional info, meal plan and shopping list. Download Now!

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.