Laporan #projekpulih Siri 2: Terapi berkumpulan pesakit strok

Dalam artikel ini:

Terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong usaha kami dan juga mendapatkan Pek Resepi Sihat edisi Starter Pack dan High Protein.

Melalui pembelian anda semua, kami telah berjaya mengumpulkan dana untuk menganjurkan sebuah program terapi berkumpulan untuk pesakit-pesakit strok di klinik rehabilitasi kami.

Pemulihan strok adalah satu perjalanan

Strok merupakan satu penyakit yang memberikan banyak komplikasi terutamanya dalam keupayaan fizikal, emosi, tahap berdikari, masalah sosial dan juga ekonomi.

Ia berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kawalan kecing manis dan darah tinggi yang tidak baik serta gaya hidup yang tidak sihat.

Pada kebiasaannya, pesakit-pesakit strok kami mengikuti terapi fisioterapi dan terapi carakerja secara berseorangan. Namun begitu, modaliti untuk terapi berkumpulan juga dilihat sebagai salah satu pilihan untuk memberikan semangat kepada pesakit-pesakit untuk melakukan aktiviti.

Terapi berkumpulan

Hal ini kerana, kami telah menjemput dua kumpulan pesakit strok iaitu kumpulan pesakit yang 70-80% pulih atau telah mengatasi komplikasi dan kumpulan kedua merupakan pesakit yang masih tidak mampu berdikari dan mengalami proses terapi yang perlahan.

Pesakit-pesakit yang hampir pulih diletakkan sebagai mentor dan secara tidak langsung berkongsi pengalaman dan memberikan semangat kepada pesakit lain dalam sesi perkongsian yang dijalankan.

Kajian yang melihat latihan cara berjalan untuk pesakit strok secara berkumpulan juga menunjukkan kesan yang baik dalam terapi berkumpulan.

Aktiviti berkumpulan

Dalam usaha menjaga penjarakan sosial dan tatacara pengendalian piawai (SOP), kami telah menghadkan bilangan pesakit. Mereka juga telah disaring daripada sebarang gejala dan suhu badan.

Aktiviti dimulakan dengan perkongsian mengenai pemulihan strok dan sokongan keluarga oleh Dr. Kushairi diikuti perkongsian mengenai ibadah ketika sakit oleh pegawai terapi carakerja.

Kemudian, seorang pesakit strok yang telah kembali bekerja juga telah memberikan sedikit perkongsian mengenai pengalaman dan memberikan suntikan semangat kepada semua pesakit lain.

Kemudian, jamuan makan pagi diuruskan bersama dengan pesakit sebagai salah satu aktiviti latihan berdikari.

Aktiviti kemudian diteruskan dengan latihan fungsi tangan berkumpulan serta latihan terapi fizikal yang dilakukan dalam kumpulan.

Aktiviti diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sesi bergambar.

Tahniah

Terima kasih kepada semua staf dan mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada para pembeli daripada Sihatologi kerana tanpa anda juga, program ini pasti tidak sempurna.

Sihat Digital Media sebagai enterprise sosial

Sihatologi.com yang diruskan oleh Sihat Digital Media mempunyai misi untuk menjadi enterprise sosial yang menyumbang kepada komuniti orang kelainan upaya dan pesakit-pesakit yang sedang menjalani proses rehabilitasi.

Misi teras kami adalah untuk mencapai dua target ini;

  1. Menyampaikan maklumat dan rujukan gaya hidup sihat berteraskan teknologi digital.
  2. Menyalurkan semula pendapatan yang diperolehi kepada golongan sasaran kami.

Oleh itu, sokongan dan bantuan daripada anda semua adalah sangat kami hargai.

Buat masa ini, program ini merupakan #projekpulih siri yang kedua, insyaAllah berbekalkan pelaburan dan pendapatan yang makin berkembang kami dapat memberikan sumbangan yang lebih berkualiti kepada masyarakat.

Baca laporan #projekpulih siri pertama kami di sini di mana kami telah membekalkan tongkat berangka kepada pesakit kudung kaki.

Mahu berikan sokongan?

Dapatkan e-book Pek Resepi Sihat edisi Starter Pack dan High Protein pack.

Ikuti kami di rangkaian media sosial untuk rujukan dan maklumat lanjut. Link ke media sosial ada di bawah page ini.

Ada pendapat atau soalan?

Kongsikan artikel ini ya!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Dr Kushairi Zuradi

Seorang doktor di unit perubatan rehabilitasi. Juga seorang penulis. Sukakan kopinya hitam and pahit. IF telah menjadi rutin harian. Sedang berlatih untuk marathon. Berjaya turunkan berat badan lebih 15kg. Menulis di Sihatologi untuk sebarkan ilmu dan semangat untuk sihat!

Facebook
Baca Lagi!
Pexels.com<\/a>","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"person holding sliced vegetable","orientation":"0"}" data-image-title="pexels-photo-2284166" data-image-description="" data-medium-file="https://i1.wp.com/sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166.jpeg?fit=300%2C225&ssl=1" data-large-file="https://i1.wp.com/sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166.jpeg?fit=800%2C600&ssl=1" data-lazy-srcset="../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_w-1200-ssl-1.jpeg 1200w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-300-225-ssl-1.jpeg 300w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-1024-768-ssl-1.jpeg 1024w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-768-576-ssl-1.jpeg 768w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-800-600-ssl-1.jpeg 800w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-400-300-ssl-1.jpeg 400w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-200-150-ssl-1.jpeg 200w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-853-640-ssl-1.jpeg 853w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-150-113-ssl-1.jpeg 150w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-600-450-ssl-1.jpeg 600w" data-lazy-sizes="(max-width: 1200px) 100vw, 1200px" srcset=""/>

Suku Suku Separuh: Panduan Lengkap Untuk Anda Mula Hari Ini

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.
Free Gift!

Download Pek Resepi Sihat ini dengan PERCUMA!

Hadiah untuk anda kerana melawat kami di sini. 15 resepi sihat untuk anda cuba!

SHARING ITU SIHAT!

Share on facebook
Facebook
Share on pinterest
Pinterest
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn