Resepi Sarapan Sihat: Healthy Fruit Bowl

Sarapan merupakan waktu makan yang penting. Ini kerana, jika anda menjadikan sarapan sebagai rutin, pastikan ia daripada sumber yang sihat

Dalam artikel ini:

Sarapan yang sihat memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan badan.

Ia merupakan peluang terbaik untuk kita dapatkan nutrisi makro serta mikro serta phytonutrients dan anti-oxidants yang memberikan kesan yang baik kepada badan.

Jika kita bazirkan waktu sarapan kita dengan makanan yang tinggi kandungan gula dan juga karbohidrat ringkas seperti bijiran sarapan yang tinggi gula, nasi putih, roti putih, biskut dan minuman oat yang diproses serta tinggi kandungan gula. Rugi sahaja kita bersarapan.

Ia bukan sahaja tidak membawa nutrisi yang baik malah membahayakan kesihatan badan.

Vitamin & Anti-oksida dalam buah-buahan

Buah-buahan merupakan makanan asli yang sarat dengan vitamin, mineral, sumber anti-oksida dan juga serat.

Tidak kira jenis buah apa pun, ia pasti mengandungi kandungan nutrisi yang baik.

Kerana itu kita perlu pelbagaikan jenis buah-buahan yang kita makan kerana setiap buah memberikan kita nutrisi yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, seikat pisang sederhana mengandungi 33% vitamin B6, 9% potasium dan 11% vitamin C daripada Refference Daily Intake (RDI) kita. Ia juga mengandungi serat yang baik untuk penghadaman dan usus kita.

1 cawan mangga pula mengandungi 66% vitamin C, 11.6% Vitamin B6, 10% Vitamin A daripada RDI kita. Malah ia juga tinggi dengan sumber mineral seperti folate, potassium, manganese dan banyak lagi.

Buah beri seperti acai dan blueberry pula mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi dan membantu badan dalam metabolisma kolesterol dan kawalan paras gula.

Alternatif pada susu lembu

Jika anda mempunyai alahan kepada susu lembu seperti alahan laktosa atau ia menyebabkan sebarang gejala seperti cirit-birit dan kegatalan, mungkin anda boleh cari alternatif kepada susu lembu seperti susu soya atau susu almond yang turut mengandungi nutrisi yang baik kepada badan.

Seperti pemilihan produk susu lembu, elakkan produk yang berperisa dan tinggi kandungan gula tambahan supaya ia tidak mengganggu paras gula dan insulin di dalam badan kita.

Jika anda tiada alahan pada susu lembu pun, susu dari tumbuhan seperti susu almond juga baik untuk kita kerana tiada kandungan lemak tepu dan juga tinggi dengan nutrisi mikro seperti kalsium, vitamin dan juga protein.

resepi sarapan sihat

Makan healthy bowl ini

Apa kata kita gabungkan semua makanan-makanan yang tinggi nutrisi ini dan jadikannya satu hidangan sarapan.

Anda juga boleh makan hidangan ini untuk snek ataupun ketika menginginkan sesuatu yang manis. Ini adalah tips berharga apabila anda menginginkan makanan atau minuman manis, selain daripada mencari air krim atau biskut berperisa, dapatkannya daripada buah-buahan yang tinggi nutrisi.

Masa yang diperlukan

Masa Prep

5 min

Masa Memasak

0 min

Hidangan

1


Kandungan nutrisi

Kalori

373 kcal

          

Karbohidrat

65g

Protein

22g

Lemak

5g

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan asas
  • 2 tbsp. acai powder (optional)
  • 1 cup (160g) mangga beku
  • 1 pisang
  • ½ cup (50g) frozen blueberries
  • ½ cup (120ml) unsweetened almond milk
  • 4 tbsp. vanilla protein powder


Cara-caranya

Mudah saja!

Letakkan semua bahan dalam pegisar dan kisar hingga sebati, tambah almond milk atau air jika perlu.

Curah smoothie ke dalam mangkuk dan hidang bersama topping kegemaran anda seperti dried fruits, chia seed, pumpkin seed, sunflower seed, granola, almond, walnut etc.

resepi sarapan sihat

Kongsi

Anda nak cuba resepi mudah ini? Kongsikan dengan sahabat dan keluarga anda yang tercari-cari resepi sarapan yang mudah dan sedap begini.

Mereka mesti berterima kasih dengan anda.

Kalau dah cuba, review di sini okey? Saya nak tahu juga feedback bagaimana.

Anda suka resepi ini?

Resepi ini adalah sebahagian daripada Pek Resepi Sihat #1 yang baru kami terbitkan.

Dalam Pek Resepi ini juga anda akan dapat meal plan dan shopping list untuk seminggu.

Kami berikan percuma sahaja khas buat anda!

Jangan tangguh-tangguh. Klik link di bawah, masukkan kod kupon di atas dan tekan ‘place order’. Anda akan terima Pek Resepi ini terus ke emel anda.

Lihat apa kata mereka yang dah download Pek Resepi ini:

Download sekarang!

Jika anda mahukan Pek Resepi yang mengandungi 30 resepi seperti ini bersama panduan meal prep, portion, bonus ebook percuma dan latihan, lihat Pek Resepi Sihat: Starter ini.

Jika anda sedang fokuskan pada pengambilan protein pula, lihat Pek Resepi Sihat: High Protein ini.

Ada pendapat atau soalan?

Kongsikan artikel ini ya!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Dr Kushairi Zuradi

Seorang doktor di unit perubatan rehabilitasi. Juga seorang penulis. Sukakan kopinya hitam and pahit. IF telah menjadi rutin harian. Sedang berlatih untuk marathon. Berjaya turunkan berat badan lebih 15kg. Menulis di Sihatologi untuk sebarkan ilmu dan semangat untuk sihat!

Facebook
Baca Lagi!
Pexels.com<\/a>","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"person holding sliced vegetable","orientation":"0"}" data-image-title="pexels-photo-2284166" data-image-description="" data-medium-file="https://i1.wp.com/sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166.jpeg?fit=300%2C225&ssl=1" data-large-file="https://i1.wp.com/sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166.jpeg?fit=800%2C600&ssl=1" data-lazy-srcset="../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_w-1200-ssl-1.jpeg 1200w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-300-225-ssl-1.jpeg 300w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-1024-768-ssl-1.jpeg 1024w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-768-576-ssl-1.jpeg 768w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-800-600-ssl-1.jpeg 800w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-400-300-ssl-1.jpeg 400w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-200-150-ssl-1.jpeg 200w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-853-640-ssl-1.jpeg 853w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-150-113-ssl-1.jpeg 150w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-600-450-ssl-1.jpeg 600w" data-lazy-sizes="(max-width: 1200px) 100vw, 1200px" srcset=""/>

Suku Suku Separuh: Panduan Lengkap Untuk Anda Mula Hari Ini

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.
Free Gift!

Download Pek Resepi Sihat ini dengan PERCUMA!

Hadiah untuk anda kerana melawat kami di sini. 15 resepi sihat untuk anda cuba!

SHARING ITU SIHAT!

Share on facebook
Facebook
Share on pinterest
Pinterest
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn