Laporan #projekpulih Siri 1: Tongkat Untuk Semangat

projek pulih
Diharapkan agar dengan bantuan alat perubatan ini mampu menaikkan semangat beliau untuk mengharungi proses pemulihan dengan lebih baik.

Dalam artikel ini:

Menyumbang kepada yang memerlukan

Sihatologi.com di bawah pengurusan Sihat Digital Media merupakan sebuah perniagaan sosial (social enterprise).

Sasaran kami adalah untuk mencapai 2 perkara utama.

  1. Memberikan panduan amalan gaya hidup sihat pada masyarakat umum.
  2. Mencari dana melalui perniagaan digital untuk dilaburkan semula kepada komuniti kurang upaya dan pesakit rehabilitasi.

Oleh itu, kami mula memperkenalkan #projekpulih sebagai satu saluran untuk mencapai sasaran kedua kami iaitu memperkasakan golongan OKU dan pesakit rehabilitasi.

Sebagai permulaan

Dalam projek siri 1 #projekpulih ini, kami menggunakan sebahagian jumlah kutipan jualan Pek Resepi Sihat pada bulan September 2020 (Pek Resepi ini dilancarkan pada 16 September 2020) bagi membantu seorang pesakit amputee (kudung kaki) di klinik rehabilitasi.

Mak Cik A, menghidapi penyakit kencing manis dan mempunyai luka di kaki yang kronik dan tidak sembuh (diabetic foot ulcer) dan jangkitan kuman tersebut merebak.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan amputasi di bawah lutut sebagai langkah untuk menyelamatkan nyawanya.

Kemudian dirujuk ke klinik saya untuk rawatan pemulihan dan rehabilitasi.

Semangat yang luntur

Secara umumnya, Mak Cik A masih belum mencapai tahap kecergasan untuk memakai prosthesis atau kaki palsu.

Beliau kini dalam latihan pemulihan fizikal dan terapi carakerja.

Namun begitu, motivasi dan harapan beliau sedikit luntur apabila mengenangkan nasib yang menimpa beliau dan ia sedikit-sebanyak mengganggu proses pemulihan untuknya.

Begitu juga dengan kesempitan kewangan yang dihadapi beliau.

Tongkat untuk semangat

Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif untuk memastikan beban kewangan tidak menggangu proses pemulihan beliau.

Beliau telah dirujuk ke skim PEKA B40 dan telah menerima kerusi roda bagi membantu beliau di rumah dan di luar.

Bagi membantu beliau meningkatkan kecergasan, kami telah melatih beliau menggunakan tongkat berkaki empat untuk kegunaan harian.

Namun, beliau tidak dapat membeli tongkat tersebut untuk kegunaan sendiri di rumah.

Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif menyumbang sebuah Walking Frame kepada beliau.

Diharapkan agar dengan bantuan alat perubatan ini mampu menaikkan semangat beliau untuk mengharungi proses pemulihan dengan lebih baik.

Inisiatif kecil

Dalam siri 1 #projekpulih ini, kami setuju ia masih lagi hanya satu inisiatif kecil.

Kami di sihatologi.com dan Sihat Digital Media akan berusaha lebih baik dalam meningkatkan capaian dan kualiti produk digital kami dalam membina dana untuk pelaburan sosial akan datang.

Terima kasih kepada para pembeli Pek Resepi Sihat

Buat semua pembeli produk digital kami, bahagian anda ada dalam projek ini.

Ya, pembelian anda telah disumbangkan kepada seorang insan yang memerlukan.

Anda juga telah membantu kami untuk terus beroperasi dan memberi nilai tambah kepada produk digital akan datang.

Saya doakan sumbangan anda semua diterima oleh Tuhan.

Sekali lagi, terima kasih.

Jom kita sihat bersama-sama.

Mahu menyokong usaha kami?

Ikuti kami di platform media sosial untuk dapatkan panduan kesihatan dan maklumat terkini.

Jika anda berminat mendapatkan sebuah panduan pemakanan sihat yang lengkap, lihat Pek Resepi Sihat yang kami sediakan ini.

Ia adalah sebuah ebook yang mengandungi panduan meal prep, portion guide, meal plan, shopping list dan 30 resepi yang sihat.

Berminat? Lihat lagi apa kandungan Pek Resepi Sihat ini.

Ada pendapat atau soalan?

Kongsikan artikel ini ya!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Dr Kushairi Zuradi

Seorang doktor di unit perubatan rehabilitasi. Juga seorang penulis. Sukakan kopinya hitam and pahit. IF telah menjadi rutin harian. Sedang berlatih untuk marathon. Berjaya turunkan berat badan lebih 15kg. Menulis di Sihatologi untuk sebarkan ilmu dan semangat untuk sihat!

Facebook
Baca Lagi!
Pexels.com<\/a>","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"person holding sliced vegetable","orientation":"0"}" data-image-title="pexels-photo-2284166" data-image-description="" data-medium-file="https://i1.wp.com/sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166.jpeg?fit=300%2C225&ssl=1" data-large-file="https://i1.wp.com/sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166.jpeg?fit=800%2C600&ssl=1" data-lazy-srcset="../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_w-1200-ssl-1.jpeg 1200w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-300-225-ssl-1.jpeg 300w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-1024-768-ssl-1.jpeg 1024w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-768-576-ssl-1.jpeg 768w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-800-600-ssl-1.jpeg 800w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-400-300-ssl-1.jpeg 400w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-200-150-ssl-1.jpeg 200w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-853-640-ssl-1.jpeg 853w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-150-113-ssl-1.jpeg 150w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-600-450-ssl-1.jpeg 600w" data-lazy-sizes="(max-width: 1200px) 100vw, 1200px" srcset=""/>

Suku Suku Separuh: Panduan Lengkap Untuk Anda Mula Hari Ini

SERTAI KEAHLIAN SIHATOLOGI LITE INI DENGAN PERCUMA!

Pelbagai tawaran eksklusif di samping menerima tawaran terbaru daripada kami terus ke inbox anda!
Free Gift!

Download Pek Resepi Sihat ini dengan PERCUMA!

Hadiah untuk anda kerana melawat kami di sini. 15 resepi sihat untuk anda cuba!

SHARING ITU SIHAT!

Share on facebook
Facebook
Share on pinterest
Pinterest
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn