fbpx

Resepi Smoothie Best! – Mango And Almond Smoothie

Smoothie penuh nutrisi yang sesuai untuk sarapan mahupun snek pre dan post workout!

In this article:

Mangga, pisang dan kacang badam merupakan antara makanan yang penuh dengan pelbagai nutrisi. Apa kata kita gabungkannya menjadi satu smoothie yang menyihatkan dan mengenyangkan!

Smoothie ini sebenarnya sangat versatile. Kita boleh jadikannya sebagai sarapan ataupun minuman snek dan pre/post workout.

Tambahkan protein powder pilihan anda dan ia akan jadi protein shake yang lebih banyak nutrisi.

Mangga & Pisang Penuh Nutrisi

Buah-buahan merupakan makanan asli yang sarat dengan vitamin, mineral, sumber anti-oksida dan juga serat. Sangat rugi jika kita tidak mengamalkannya dalam diet harian supaya lebih sihat.

Setiap jenis buah mempunyai himpunan nutrisi yang pelbagai. Kerana itu kita perlu pelbagaikan jenis buah-buahan yang kita makan dan tidak hanya fokus pada satu jenis sahaja. Ketahuilah kita sebagai rakyat Malaysia memang tidak makan buah-buahan dan sayuran yang mencukupi setiap hari, jadi usah makan mengikut musim sahaja, kuncinya adalah kepelbagaian.

Sebagai contoh, seikat pisang sederhana mengandungi 33% vitamin B6, 9% potasium dan 11% vitamin C daripada keperluan harian kita.

1 cawan mangga pula mengandungi 66% vitamin C, 11.6% Vitamin B6, 10% Vitamin A daripada keperluan harian kita. Malah ia juga tinggi dengan sumber mineral seperti folate, potassium, manganese dan banyak lagi.

Protein Is Power

Tidak kira kita sedang turunkan berat badan atau seorang yang aktif dalam aktiviti kecergasan dan juga warga emas, pengambilan protein kita haruslah mengikut keperluan badan.

Secara umumnya, kiraan adalah 0.8-1.2g protein setiap kilogram berat badan ideal anda. Tetapi ia boleh berubah menjadi lebih tinggi jika anda seorang yang aktif. Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang keperluan protein dalam panduan pengambilan ini.

Maka, smoothie ini juga boleh menjadi antara cara untuk menambah pengambilan protein dengan menggunakan protein powder pilihan anda.

Sarapan Atau Snek

Gunakan smoothie ini sebagai sarapan mahupun snek pre/post workout anda.

Rasa sedap dan penuh nutrisi!

Anda juga boleh makan hidangan ini untuk snek ataupun ketika menginginkan sesuatu yang manis. Ini adalah tips berharga apabila anda menginginkan makanan atau minuman manis, selain daripada mencari ais krim atau biskut berperisa, dapatkannya daripada buah-buahan yang tinggi nutrisi.

Smoothie Almond & Mangga

Dr. Kushairi Zuradi, MBBCh
Smoothie untuk kekalkan tenaga dan berikan nutrisi yang terbaik untuk badan yang aktif.
Prep Time 5 mins
Cook Time 0 mins
Course Snack
Servings 1
Calories 349 kcal

Equipment

  • Blender

Ingredients
  

  • 1 Cup (160g) mangga beku
  • ½ Biji Pisang Dipotong
  • ½ Cup (120ml) unsweetened almond milk
  • 1 tbsp Almond butter
  • 1 scoop (25g) vanilla protein powder

Instructions
 

  • Kisar semua bahan dalam pengisar sehingga sebati dan hidang.

Notes

Nutrisi setiap hidangan:
Karbohidrat: 43g
Protein: 25g
 
Lemak: 11g
Keyword almond, Mangga, smoothie

Kongsi

Anda nak cuba resepi mudah ini? Kongsikan dengan sahabat dan keluarga anda yang tercari-cari resepi sarapan yang mudah dan sedap begini.

Mereka mesti berterima kasih dengan anda.

Kalau dah cuba, review di sini okey? Saya nak tahu juga feedback bagaimana.

Anda suka resepi ini?

Resepi ini adalah sebahagian daripada 15 Resepi Eat Clean yang baru kami terbitkan.

Dalam Pek Resepi ini juga anda akan dapat meal plan dan shopping list untuk seminggu.

Kami berikan percuma sahaja khas buat anda!

Lihat apa kata mereka yang dah download Pek Resepi ini:

Nak Ebook Resepi Percuma?

Download Pek Resepi Sihat Sekarang!

Share this with your friends & family!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Dr Kushairi Zuradi

Dr Kushairi Zuradi

Dr. Kushairi is a medical doctor working in Rehabilitation Medicine which deals with a wide range of diseases including post stroke and amputees. He started Sihatologi.com with the aim to educate as much people to live healthier, happier, better lives and prevent chronic diseases. He was once an obese guy but managed to control it. Loves his coffee black, no sugar and aim to run his first full marathon when the events start rolling again.

Contact Me
Select your currency
USD United States (US) dollar

Download Your

Free Healthy Recipe Cookbook

In PDF format. Bring anywhere you go. Includes many tasty healthy recipes, step by step guide, nutritional info, meal plan and shopping list. Download Now!

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.