fbpx

Resepi Tortilla Wrap (Burrito) Avokado, telur & Daging Sihat

Menggunakan tortilla wrap untuk jadikannya burrito juga sangat mudah disediakan kerana kita boleh gabungkan tiga atau empat jenis inti dalam satu wrap. Ia juga sedap dimakan.

In this article:

resepi tortilla wrap

Mencari-cari apa lagi resepi sihat dan sedap untuk buat burrito menggunakan tortilla wrap?

Lihat resepi ini dan mula buat burrito sihat ini sekarang tidak kira untuk sarapan, tengahari, malam ataupun snek!

Tortilla wrap memudahkan diet sihat

Dalam kita mengamalkan pemakanan yang sihat, antara cara terbaik yang paling mudah adalah makan makanan yang kita sediakan di rumah. Bukan sahaja lebih jimat malah kajian pemerhatian menunjukkan makan makanan yang dimasak sendiri adalah lebih baik untuk kesihatan kita!

Maka, haruslah kita merajinkan diri memasak atau sediakan makanan di rumah ya. Kita boleh!

Menggunakan tortilla wrap untuk jadikannya burrito juga sangat mudah disediakan kerana kita boleh gabungkan tiga atau empat jenis inti dalam satu wrap. Ia juga sedap dimakan.

Dengan cara ini, kita dapat gabungkan sayur-sayuran dan juga sumber protein dan lemak baik dalam satu hidangan yang ringkas tapi lengkap.

Boleh juga buat jadi pencuci mulut versi sihat dengan sapuan mentega kacang, pisang dan campuran kekacang seperti almond dan walnut. Alamak, sedapnya!

Peluang untuk menjadikan sayur dan buah dalam hidangan kita adalah sangat penting kerana kita sebagai rakyat Malaysia memang dah terbukti tak suka makan sayur!

Makanya, kita kena bijak curi peluang untuk selitkan sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam pemakanan harian kita untuk capai target 5 hidangan sehari tu.

Tortilla wrap ini juga boleh dijadikan bekal untuk kita dan juga untuk anak-anak bawa ke sekolah.

Musim pandemik ini di mana anak-anak agak susah untuk beli makanan di kantin, penyediaan bekal seperti burrito ini pastinya memudahkan mereka. Tambahan, mereka pastinya lagi suka air tangan ibu dan ayah berbanding mak cik kantin kan?

Pilih roti tortilla jenis bijiran penuh (whole meal)

Aspek pemilihan roti tortilla ini sangat penting kerana sebaiknya kita gunakan jenis tortilla yang berasaskan bijirin penuh atau whole meal. Ya, yang warna perang-perang tu tau.

Ini kerana, kita juga perlu faham bahawa roti putih atau tortilla putih yang bukan bijirin penuh menggunakan tepung yang dihasilkan dengan mengasingkan lapisan luar bijirin tersebut (bran dan germ) dan hanya meninggalkan bahagian endosperm-nya sahaja.

Sama seperti nasi putih. Proses ini mengasingkan bahagian yang penuh dengan nutrisi dan tinggal hanyalah bijirin putih yang kurang nilai nutrisinya.

Roti putih dan nasi putih ini dikira masuk kedalam kategori karbohidrat ringkas (refined karbohidrat) yang memberi kesan kepada kenaikan paras gula dalam darah.

Seperti yang kita faham, apabila paras gula naik dengan cepat, badan akan menghasilkan insulin dengan banyak.

Jika keadaan ini ditambah dengan gaya pemakanan yang tidak sihat lain seperti makanan dan minuman tinggi gula, ia boleh menjadi risiko kepada kencing manis akibat kadar gula dalam darah yang tinggi secara kronik yang mengakibatkan kekebalan insulin.

Pemilihan karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh ini mengurangkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak dan mengelakkan

Anda boleh baca lebih lanjut penerangan saya mengenai topik ini dalam ebook “Masa Untuk Makan” ini yang saya berikan dengan percuma.

Tetapi, secara mudahnya, pilihlah jenis karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas.

resepi tortilla wrap

Pentingnya pemilihan inti tinggi protein dan lemak baik

Apabila menyediakan tortilla wrap, seharusnya intinya juga terdiri daripada makanan yang tinggi dengan sumber protein dan lemak baik.

Ini kerana, protein dan lemak baik akan membuatkan kita kenyang dengan lebih lama.

Ini kerana, badan kita akan menghasilkan beberapa hormon yang memberikan signal kepada badan kita untuk berasa kenyang. Contohnya hormon cholecystokinin selepas makan protein dan peptide YY selepas makan makanan berlemak.

Oleh itu, ia akan mengelakkan kita daripada keiinginan untuk makan di antara waktu makan dan pastinya mengurangkan perasaan mengidam (cravings) kepada makanan-makanan yang tidak sihat.

Pemakanan yang tinggi karbohidrat ringkas dan gula pula merangsang penghasilan hormon insulin yang tinggi.

Kesannya ia akan menyebabkan situasi ‘sugar crash’ secara mengejut kepada badan dan mengakibatkan paras gula badan turun daripada paras normal.

Situasi ini akan merangsang badan untuk makan dengan lebih kerap bagi mengatasi situasi paradoks kekurangan tenaga tersebut.

Maka, perasaan mengidam (cravings) kepada makan manis atau tinggi karbohidrat ringkas seperti roti, biskut dan minuman manis pun berlaku. Ha, sekarang kita tahu kenapa asyik nak makan benda manis kan?

Kitaran ini akan mengakibatkan paras insulin yang tinggi secara kronik dalam badan dan meningkatkan risiko penyakit kencing manis.

Kerana itu, pastikan setiap hidangan kita itu lengkap dengan protein dan lemak baik dan tidak hanya karbohidrat ringkas dan manisan semata-mata.

Cara balutan tortilla wrap viral

Panjang pula ceritanya kan, walhal nak cerita berkenaan resepi mudah nak buat burrito je pun.

Tapi begitulah, asas kepada pemakanan sihat ni tak susah sangat pun sebenarnya. Cuma kita perlu tahu beberapa perkara sahaja.

Sangat penting untuk kita makan dengan sihat kerana ia merupakan tunggak utama gaya hidup yang sihat.

Okey, sekarang jom kita lihat trend balutan tortilla wrap yang viral di aplikasi Tik Tok baru-baru ni.

Sebelum ni, kita balut tortilla dengan melipat bahagian bawah, kemudian melipat sis kiri dan kanan untuk dijadikan wrap.

Namun, sesiapa yang pernah balut tortilla wrap begini pasti akan tahu. Selalunya bila inti banyak sangat, ia kan melimpah dan burrito akan pecah. Bersepah!

Untuk atasi masalah ini, buat satu garisan radius ke tengah-tengah roti tortilla wrap anda, kemudian bahagikan inti kepada empat bahagian.

Lipat menjadi bentuk segi tiga. Kemudian grill selama 2-3 minit di kedua-dua bahagian.

Lihat tutorial ini untuk lebih jelas.

Jom kita lihat resepi torilla wrap ini!

Tortilla Wrap Avokado, Telur & Daging

Sihatologi
Resepi tortilla wrap yang mudah, sedap dan penuh nutrisi.
Prep Time 5 minutes
Cook Time 15 minutes
Course Breakfast
Servings 2 Orang
Calories 518 kcal

Equipment

  • Kuali Pan

Ingredients
  

  • 1 biji avokado dilenyek
  • 1 biji tomato dipotong
  • 1 tbsp bawang merah dicencang
  • ½ biji limau nipis perahan jus
  • 3 biji telur
  • 1 strip beef bacon (halal)
  • 2 keping whole meal tortilla wrap

Instructions
 

  • Sediakan guacamole dengan gaulkan avkado yang dilenyek bersama potongan tomato dan bawang. Letakkan jus limau nipis dan tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Panaskan periuk non-stick dan masak kepingan daging (beef bacon) hingga garing. Dalam periuk yang sama sediakan telur hancur.
  • Bina burrito dengan lapisan guacamole, telur hancur dan kepingan daging. Lipat setiap sisi dan letakkan di atas kuali grill.
  • Grill selama 2-3 minit hingga burrito keperangan.

Notes

Nutrisi per serving:
36g Fats
31g Carbs         
20g Protein
Keyword Avokado, Burrito, Telur, Tortilla, wrap

Download ebook resepi ini PERCUMA!

Suka dengan resepi mudah begini? Download ebook 15 resepi eat clean ini dengan percuma ya!

Dalam resepi-resepi ini, terus kami berikan senarai belian barang, bahan yang diperlukan, cara-cara memasak serta semua nilai nutrisi kalori dan makro.

Siap ada integrasi barkod MyFitnessPal lagi.

Tak payah tunggu, download dan lihat sendiri.

Share this with your friends & family!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Dr Kushairi Zuradi

Dr Kushairi Zuradi

Dr. Kushairi is a medical doctor working in Rehabilitation Medicine which deals with a wide range of diseases including post stroke and amputees. He started Sihatologi.com with the aim to educate as much people to live healthier, happier, better lives and prevent chronic diseases. He was once an obese guy but managed to control it. Loves his coffee black, no sugar and aim to run his first full marathon when the events start rolling again.

Contact Me
Select your currency
USD United States (US) dollar

Discover more from Sihatologi

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Download Your

Free Healthy Recipe Cookbook

In PDF format. Bring anywhere you go. Includes many tasty healthy recipes, step by step guide, nutritional info, meal plan and shopping list. Download Now!

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.