fbpx

Resepi Sayur Panggang – Sedap, Mudah & Sihat!

Sayur-sayuran juga apabila dipanggang, ia berikan satu rasa yang lain berbanding ditumis atau dalam sup. Kalau dalam Bahasa Inggeris, kita selalu sebut 'nutty' taste. Tekstur sayur juga adalah tidak terlalu lembik, juga tidak terlalu keras.

In this article:

Saya sentiasa cuba untuk banyakkan pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan harian. Tetapi kadang-kala saya rasa proses penyedian menu sayur-sayuran ini agak renyah jika dibandingkan dengan memasak menu-menu yang pantas tetapi agak tidak sihat seperti nasi atau mi goreng (tinggi karbohidrat ringkas).

Proses menjadi renyah mungkin kerana perlu potong, basuh dan masak. Pilihan menu juga saya rasakan terhad, tak kan nak makan sayur goreng saja kan.

Saya tak rasa saya keseorangan, kerana mengikut statistik NHMS 2019, 94.9% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi.

Ia mungkin disebabkan beberapa faktor, tapi saya dapat rasakan proses penyediaan juga memainkan penyumbang kepada statistik ini.

Cara sediakan sayur yang pelbagai dengan mudah

Antara cara mudah yang saya suka lakukan untuk dapatkan pelbagai jenis sayuran dalam pinggan saya adalah dengan membuat menu sayur panggang ini.

Kita boleh pilih sendiri jenis sayuran yang kita mahu dalam resepi ini. Kita juga boleh gunakan apa sahaja yang ada dalam peti ais, tidak perlu pun untuk keluar membeli bahan yang spesifik.

Sayur-sayuran juga apabila dipanggang, ia berikan satu rasa yang lain berbanding ditumis atau dalam sup. Kalau dalam Bahasa Inggeris, kita selalu sebut ‘nutty’ taste. Tekstur sayur juga adalah tidak terlalu lembik, juga tidak terlalu keras.

Selain daripada khasiat sayur-sayuran yang digunakan, penggunaan minyak zaitun sebagai penyatu kepada bahan-bahan memberikan kita pelbagai khasiat yang baik untuk badan.

Minyak zaitun apabilan digabungkan dengan lemon, daun saderi dan daun ketumbar juga memberikan rasa yang segar dan sedap.

Bagi menjadikannya seimbang, resepi ini juga memberi pilihan untuk menambah telur rebus dan avokado yang pastinya memberikan kita kekenyangan yang lebih lama. Bahan ini juga memberikan protein dan lemak sihat yang membantu kita kekal kenyang lebih lama.

Resepi ini pastinya akan membantu naik-taraf amalan pemakanan anda menjadi lebih sihat.

resepi sayur panggang

Masa yang diperlukan

Masa Prep

10 min

Masa Memasak

30 min

Hidangan

4


Kandungan nutrisi

Kalori

399 kcal        

          

Karbohidrat

33g

Protein

19g

Lemak

23g

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan asas
  1. 2 lobak mereah, buang kulit, dipotong kecil
  2. 1 sweet potato, buang kulit, dipotong kecil
  3. 1 brokoli dipotong
  4. 1 cauliflower, dipotong
  5. 2 tbsp. minyak zaitun
  6. 4 telur rebus
  7. 1 avokado
Bahas-bahan dressing
  1. 2 tbsp. minyak zaitun
  2. ¼ cup (60ml) tahini (kalau ada)
  3. 1 cup (25g) daun pasli & ketumbar, dihiris
  4. 1 clove bawang putih
  5. ½ lemon, jus sahaja
  6. ½ tsp. air garam

Cara-caranya

Mudah saja!

Preheat oven ke 220C. Rebus telur mengikut citarasa anda

Susun sayuran yang dipotong di atas tray yang dilapik baking paper. Ratakan dengan minyak zaitun, letakkan garam dan lada hitam. Panggang selama 25-30 minit.

Semasa menunggu, kita siapkan dressing. Letakkan semua bahan ke dalam blender atau food processor dan kisar lumat. Tambah air jika perlu untuk dapatkan kepekatan yang anda mahu.

Untuk hidang, bahagikan sayur yang dipanggang tadi ke dalam pinggan, cukup untuk 4 orang. Letakkan tahini (jika ada) dan hidang bersama telur rebus dan ¼ avokado.

resepi sayur panggang

Download resepi ini untuk rujukan dalam smartphone anda

Kongsi

Anda nak cuba resepi salad mudah ini? Kongsikan dengan sahabat dan keluarga anda yang tercari-cari resepi sayur yang mudah begini. Mereka mesti berterima kasih dengan anda.

Kalau dah cuba, review di sini okey? Saya nak tahu juga feedback bagaimana.

Anda suka resepi ini?

Resepi ini adalah sebahagian daripada panduan lengkap untuk anda ubah gaya pemakanan menjadi lebih sihat. Jika anda sukakan panduan yang saya berikan dalam resepi ini, anda pasti mahu dapatkan Starter Pack: Makan Lebih Sihat ini.

Share this with your friends & family!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Dr Kushairi Zuradi

Dr Kushairi Zuradi

Dr. Kushairi is a medical doctor working in Rehabilitation Medicine which deals with a wide range of diseases including post stroke and amputees. He started Sihatologi.com with the aim to educate as much people to live healthier, happier, better lives and prevent chronic diseases. He was once an obese guy but managed to control it. Loves his coffee black, no sugar and aim to run his first full marathon when the events start rolling again.

Contact Me
Select your currency
USD United States (US) dollar

Download Your

Free Healthy Recipe Cookbook

In PDF format. Bring anywhere you go. Includes many tasty healthy recipes, step by step guide, nutritional info, meal plan and shopping list. Download Now!

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.