Roti bakar bersama yogurt & madu
Materials
- 2 keping roti whole meal
- 2 tbsp plain atau greek yogurt
- 2 keping goat's cheese (optional)
- ½ biji mangga
- 2 tsp madu
- ¼ tsp garam
- 2 tbsp daun basil
Instructions
- Bakar roti.
- Sapukan yogurt dan letak mangga di atas roti dan ratakan madu diatasnya. Susun goat's cheese jika ada.
- Taburkan sedikit garam dan lada hitam. Hidang bersama daun basil.
Notes
Sarapan merupakan waktu makan yang penting. Ini kerana, jika anda menjadikan sarapan sebagai rutin, pastikan ia adalah daripada sumber yang menyihatkan dan tidak tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas.
Sarapan atau tidak, ia bukanlah satu indikator menjadi sihat sebenarnya, seperti yang telah saya huraikan dalam analisa kajian-kajian ini.
Namun, apabila kita bersarapan, mengelakkan karbohidrat ringkas seperti nasi putih, roti putih dan mi atau bihun merupakan faktor yang penting dalam kita mengelakkan diabetes dan obesiti.
Resepi sarapan sihat roti bakar bersama yogurt, mangga dan madu ini sesuai untuk mereka yang sedang menjaga diet dan pemakanan.
Ia seimbang dengan karbohidrat kompleks, protein, buah dan manisan asli untuk kepuasan ketika makan.
Karbohidrat kompleks
Roti mil penuh ternyata memberikan lebih banyak kebaikan untuk badan kita.
Asasnya adalah bukan pada kandungan kalori, tetapi kesannya kepada peningkatan insulin dalam badan.
Insulin yang tinggi dalam badan dalam tempoh yang kronik boleh menyebabkan kekebalan badan kepada insulin dan juga meningkatkan pembentukan lemak badan.
Anda pun boleh agak apa yang akan berlaku selepas itu kan? – diabetes dan kegemukan jawapannya.
Oleh itu, amalkan pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi perang, roti dan spagetti mil penuh. Begitu juga dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Protein untuk tambah kekenyangan
Pengambilan sumber protein yang cukup mengikut berat dan aktiviti harian kita adalah sangat penting untuk kesihatan dan pengawalan berat badan kita.
Ia juga membantu kita untuk kekal kenyang pada tempoh masa yang lebih lama, maka ia membantu kita dalam mengawal gaya pemakanan dalam mengelakkan ‘binge eating’ makanan yang tidak mendatangkan faedah.
Elemen yogurt dalam resepi ini memberikan kita sumber protein yang agak baik iaitu pada 10g/serving. Gunakan greek yogurt untuk hidangan protein yang lebih banyak.
Jika keperluan protein anda memerlukan lebih kurang 30g untuk satu hidangan, tambah kuantiti yogurt secara berasingan atau tambah elemen protein lain pada hidangan ini seperti telur.
Anda boleh lihat Pek Resepi Sihat: High Protein ini untuk dapatkan panduan dan resepi yang tinggi protein.
Mangga yang menyegarkan
Elemen sayur dan buah selalu diketepikan dalam hidangan sarapan.
Ini bukanlah satu perkara asing, kerana 94.9% rakyat Malaysia tidak makan hidangan sayur dan buah yang mencukupi setiap hari.
Maka elemen ini adalah salah satu cara untuk anda pastikan kuota sayur & buah anda tercapai.
Mangga juga memberikan pelbagai nutrisi mikro seperti vitamin dan serat yang baik untuk badan.
Jika anda mahu tambah-baik lagi, sertakan sekali daun salad lettuce dalam hidangan ini.
Jika kemanisan mangga sudah mencukupi buat anda, tak perlu tambah madu dalam hidangan ini pun pilihan yang baik.
Madu dan yogurt adalah kombinasi yang baik dari segi rasanya.
Yang penting, pilih yogurt yang plain ya, bukan yang berperisa. Yogurt berperisa mempunyai kadar gula tambahan yang tinggi.


Roti bakar bersama yogurt & madu
Ingredients
- 2 keping roti whole meal
- 2 tbsp plain atau greek yogurt
- 2 keping goat's cheese (optional)
- ½ biji mangga
- 2 tsp madu
- ¼ tsp garam
- 2 tbsp daun basil
Instructions
- Bakar roti.
- Sapukan yogurt dan letak mangga di atas roti dan ratakan madu diatasnya. Susun goat's cheese jika ada.
- Taburkan sedikit garam dan lada hitam. Hidang bersama daun basil.
Notes

Kongsi
Anda nak cuba resepi mudah ini? Kongsikan dengan sahabat dan keluarga anda yang tercari-cari resepi sarapan yang mudah dan sedap begini.
Mereka mesti berterima kasih dengan anda.
Kalau dah cuba, review di sini okey? Saya nak tahu juga feedback bagaimana.
Anda suka resepi ini?
Resepi ini adalah sebahagian daripada Pek Resepi Sihat #1 yang baru kami terbitkan.
Dalam Pek Resepi ini juga anda akan dapat meal plan dan shopping list untuk seminggu.
Untuk masa terhad: gunakan kod kupon sihatfree untuk download pek resepi ini dengan PERCUMA!
Jangan tangguh-tangguh. Klik link di bawah, masukkan kod kupon di atas dan tekan ‘place order’. Anda akan terima Pek Resepi ini terus ke emel anda.
Download sekarang!
-
Sale Product on sale15 Resepi Eat Clean (BM)
$19.00$0.00Rated 4.70 out of 5 based on 66 customer ratings
Jika anda mahukan Pek Resepi yang mengandungi 60 resepi seperti ini bersama panduan meal prep, portion, bonus ebook percuma dan latihan, lihat ebook resepi eat clean ini!