Tak kira sesiapa pun, samada anda mahu kuruskan badan, mahu tambah muscle mass dan jadi lebih fit, atau anda mahu mengekalkan kesihatan,
Protein adalah penting kepada badan kita.
Antara jalan mudah untuk kita tambah kandungan protein dalam diet kita adalah dengan mengambil supplement atau makanan tambahan seperti produk protein powder atau serbuk minuman segera yang banyak dalam pasaran hari ini.
1. Ia boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan mungkin mengandungi sumber alahan.
2. Kandungan gula tambahan yang tinggi dalam sesetengah produk dan mengandungi kalori yang tinggi.
3. Mungkin mengandungi toksin dan produk tiada jaminan kesihatan.
Kita sebenarnya boleh kurangkan kebergantungan kepada sumber protein yang diproses begini..
Tambahan, produk serbuk protein ni mahal juga harganya kan?
Tak susah pun sebenarnya untuk kita dapatkan sumber protein hanya daripada makanan kita.
Sebiji telur boleh berikan kita dalam 6-8 gram protein, satu hidangan greek yogurt adalah dalam 14 gram,
Satu hidangan ayam, ikan atau daging pula boleh berikan kita lebih daripada 14 gram.
Peanut butter, tofu dan kekacang juga tinggi dengan protein!
Sumber protein yang asli dari makanan-makanan segar adalah sumber yang terbaik untuk badan, dan kita semua boleh sediakan dengan mudah di rumah.
Kami dah sediakan satu panduan lengkap khas untuk anda!
Pek Resepi Sihat: High Protein ini fokus pada sumber protein asli dan kami juga sertakan resepi gabungan serbuk protein (plant based) bersama bahan-bahan segar supaya anda tidak bosan hanya minum 1-2 perisa sahaja dari protein shake anda (jika anda masih mahu).
Protein merupakan ‘blok-blok pembinaan’ yang digunakan dalam membina dan membaiki pelbagai struktur badan terutamanya otot kita.
Ia juga adalah asas kepada struktur enzim, hormon dan imuniti yang terlibat dalam proses fisiologi dan pertahanan badan.
Oleh itu, pengambilan protein yang cukup adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan.
Recommended Daily Allowence (RDA) untuk protein adalah 0.8g protein setiap kilogram badan.
Ini bermakna, jika berat anda 70kg, saranan pengambilan protein adalah 60g sehari.
Namun begitu, jika anda seorang yang aktif dan melakukan aktiviti fizikal, kita disarankan untuk mengambil 1.0-1.6g protein per kilogram badan berdasarkan intensiti aktiviti kita. (Wu G. et al. 2016)
Manakala jika anda sedang menurunkan berat badan, saranan protein adalah pada 1.2-1.6g protein per kilogram badan. (Santarpia L. et al. 2017)
Jika anda sedang dalam latihan membina badan pula, saranan pengambilan adalah pada 1.7g per kilogram badan. (ACSM)
Jadi, buka kalkulator sekarang dan kira berapa keperluan protein anda untuk sehari?
Jika kita lihat pada Malaysian Adult Nutrition Survey 2008, purata pengambilan protein untuk individu dewasa adalah pada 59g sehari sahaja.
Bagaimana pula pengambilan protein anda?
Benar. Kebanyakan kita tidak berjaya capai keperluan protein harian kita.
Terutamanya jika kita aktif bersukan atau sedang menurunkan berat badan.
Purata keperluan protein adalah pada 80-100g sehari mengikut berat anda.
Ia sebenarnya memerlukan sedikit usaha dalam kita merancang dan mempelajari cara untuk mencapainya.
1. Fokuskan pengambilan sumber protein yang tinggi Biological Value (BV) atau protein penting yang lengkap.
2. Makan hidangan yang seimbang dan sasarkan pengambilan protein 20-30g dalam setiap hidangan.
3. Rancang dan sediakan makanan sendiri supaya anda boleh anggarkan atau tambah jumlah protein.
4. Fokus pada hidangan makanan dari bahan asli dan bukan sumber yang diproses.
5. Latih diri untuk makan mengikut keperluan protein yang cukup setiap hari.
Untuk mencapai target keperluan protein anda, salah satu cara terbaik adalah memilih menu yang tinggi protein dan merancang jadual pemakanan anda setiap hari.
Tetapi, kami tahu, ia sebenarnya mudah dikatakan, tetapi susah untuk dilakukan.
Tidak semua orang mempunyai masa meneliti beribu-ribu resepi yang ada dan pilih yang mana mempunyai kandungan protein yang tinggi dan juga sedap serta mudah disediakan.
Kemudian agak renyah juga untuk susun jadual pemakanan berdasarkan menu untuk satu atau dua minggu.
Bagaimana pula dengan perancangan pembelian barang?
Malah, untuk memulakan tabiat yang baru juga memerlukan sedikit latihan supaya ia sebati dalam gaya hidup kita.
Kami telah lakukan semua kerja renyah dan kompleks ini demi anda.
Target kami adalah untuk sediakan satu panduan lengkap yang mengandungi:
1. Panduan pengambilan protein.
2. Meal plan dan shopping list lengkap.
3. Resepi High Protein yang sedap dan mudah disediakan.
Hasil kerjasama dengan pakar pemakanan dan jurulatih kecergasan, maka lahirlah..
Sebuah E-book yang dilengkapi panduan pengambilan protein, meal plan, shopping list dan 52 resepi sihat, mudah & sedap yang lengkap dengan maklumat nutrisi dan integrasi aplikasi MyFitnessPal.
Pek Resepi Sihat: High Protein ini pasti akan bantu anda untuk makan lebih banyak protein dan juga makan dengan lebih sihat!
Panduan tentang kepentingan protein, panduan keperluan protein dan senarai contoh makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi.
Dengan pembelian Pek Resepi ini, anda akan menerima kod untuk memulakan latihan selama 14 hari melalui aplikasi kami iaitu Just Coach bagi memudahkan anda membina tabiat makan protein yang mencukupi.
Senarai belian barang yang lengkap berdasarkan meal plan dan resepi yang kami sediakan. Antara cara elakkan pembelian snek dan makanan yang diproses serta pembaziran.
Kami sediakan meal plan bagi sarapan, tengahari, snek dan malam yang akan memberikan anda 80-100g protein sehari untuk 2 minggu sebagai panduan. Ia boleh diselang-seli untuk kegunaan selama sebulan.
52 Resepi yang tinggi protein iaitu lebih 20g setiap hidangan. Ia juga ringkas, mudah disediakan dan menyihatkan berdasarkan shopping list dan meal plan yang disediakan. Resepi-resepi ini pasti ubah persepsi anda tentang makanan yang sihat.
Kami sediakan template untuk anda ubah suai panduan yang kami berikan supaya ia jadi lebih sesuai dengan anda. Anda boleh pilih mana-mana resepi kami untuk bentuk meal plan anda sendiri!
Keistimewaan Pek Resepi ini adalah ia merupakan alternatif kepada resepi-resepi tipikal yang biasa kita sediakan di Malaysia. Resepi-resepi ini juga sesuai untuk anda yang sedang mencari alternatif lain kepada sumber karbohidrat yang banyak kita makan iaitu nasi putih kepada sumber karbohidrat kompleks yang sihat. Gunakan resepi-resepi ini untuk mempelbagaikan menu anda dan selang-seli dengan makanan tipikal kita di Malaysia supaya pemakanan sihat tidak membosankan. Bahan-bahan alternatif kami mudah didapati di kedai makanan kesihatan dan juga atas talian. Jika belum didapatkan, boleh gunakan bahan alternatif yang biasa digunakan. Bahan alternatif dinyatakan dalam resepi.
Koleksi resepi yang kami sediakan adalah disusun dan direka khas untuk anda daripada kumpulan pakar pemakanan dan jurulatih kecergasan bertauliah. Mengandungi lebih 20g protein dalam setiap hidangan, dan pastinya sedap serta mudah disediakan.
Setiap resepi memberikan maklumat lengkap tentang jumlah kalori, pembahagian nutrisi makro iaitu karbohidrat, protein dan lemak makanan tersebut. Setiap resepi kami juga dilengkapi barkod aplikasi MyFitnessPal bagi memudahkan aktiviti diari makanan anda. Hanya perlu scan saja menggunakan telefon anda.
Pek Resepi ini juga mengandungi cadangan senarai belian barang berdasarkan pelan pemakanan selama 2 minggu. Anda tidak perlu lagi pening kepala menyusun jadual “hari ini nak makan apa” dan “apa yang perlu dibeli” lagi. Ikut panduan yang diberikan atau jadikan ia pelan anda sendiri dengan template yang kami sediakan.
Pek Resepi High Protein ini juga mengandungi sebuah mini e-book di dalamnya yang akan memberikan anda kefahaman tentang kepentingan pengambilan protein yang cukup, mengira keperluan badan anda serta senarai contoh makanan yang tinggi kandungan protein.
Sangat membantu nak diet.
nadia – December 9, 2020
Best of the best.
momomathon – December 4, 2020
Resepi ringkas & mudah disediakan
A - November 29, 2020
Terbaik
Atikha – November 29, 2020
Latihan dalam aplikasi kami – Just Coach selama 14 hari akan memberikan anda perspektif dan teknik baru untuk mencapai target keperluan protein yang anda mahukan. Dapatkan info dan notifikasi latihan terus ke telefon pintar anda.
E-book ini menerangkan 5 langkah untuk anda jadikan sesuatu amalan sihat itu sebati dalam kehidupan harian anda.
Ia adalah nota lengkap berdasarkan program latihan e-coaching yang kami berikan secara PERCUMA dalam Starter Pack ini!
App Based Coaching merupakan satu pendekatan yang berkesan untuk mendaftarkan maklumat baru dalam diri kita dalam bentuk yang menarik dan ringkas.
Program e-coaching Asas Gaya Hidup Sihat oleh Sihatologi ini adalah asas kepada semua amalan sihat yang anda mahu lakukan. Ia adalah program yang berlangsung selama 14 hari terus ke telefon pintar anda.
Tanpa 5 pendekatan yang anda akan dilatih dalam program ini, agak susah untuk anda amalkan sesuatu perkara. Dengan kata lain, target asyik tersasar.
Anda tidak akan ‘tenggalam ke dasar laut’ apabila menghabiskan program ini!
Untuk tempoh masa yang terhad, kami akan berikan akses sebagai ahli Sihatologi:Lite yang bernilai RM30/sebulan secara PERCUMA termasuklah dengan pembelian Starter Pack ini! Tawaran ini mempunyai kuota yang sangat terhad dan akan berakhir tak lama lagi, tetapi dengan pembelian pack ini ia adalah jaminan.
Apa yang anda akan dapat melalui keahlian percuma ini?
[SAMPLE] Pek Resepi Sihat: High Protein by Kushairi Zuradi on Scribd
Anda akan menerima 52 resepi sihat, sedap dan mudah. Shopping list dan meal plan berdasarkan resepi tersebut. Panduan pemakanan protein. Akses kepada e-coaching Protein is Power” dan Asas Gaya Hidup Sihat. E-book Blueprint Gaya Hidup Sihat dan keahlian Sihatologi:Lite sepanjang hayat.
Anda akan menerima Pek Resepi Sihat ini dalam format PDF bagi memudahkan anda muat turun terus ke dalam telefon pintar anda atau juga boleh disimpan di dalam tablet dan komputer peribadi. E-coaching dijalankan dalam aplikasi kami iaitu Just Coach yang boleh dimuat-turun dalam app store anda.Pek
Ya. Jika anda telah membeli Starter Pack Sebelum ini, ia adalah bonus yang sama. Kami mahu pastikan semua individu mendapat latihan asas kepada semua tabiat sihat yang baru. Buat anda yang telah menjalani latihan Asas Gaya Hidup Sihat, teruskan dengan latihan bonus “Protein is Power” yang juga disediakan khas untuk anda.
Buat masa yang terhad, Pek Resepi Sihat bersama bonus-bonus yang bernilai RM514 ini adalah hanya RM29 sahaja!
Jika anda menghadapi sebarang masalah, terus hubungi saya di sihatologi@gmail.com dan saya akan cuba selesaikannya.
Jika anda tidak berpuas hati dengan produk yang anda terima, anda boleh hubungi saya di sihatologi@gmail.com dan nyatakan masalah anda. Jika kami tidak dapat puaskan hati anda, kami akan pulangkan wang anda berdasarkan polisi jaminan pemulangan.
Social enterprise adalah model perniagaan yang menjalankan perniagaan bukan demi keuntungan semata-mata namun melaburkan hasil perniagaan kepada masyarakat. Untuk Sihatologi, kami fokus pada pembangunan dan kebajikan pesakit rehabilitasi.
Tak perlu risau. Email saya di sihatologi@gmail.com dan saya akan menjawab persoalan anda.
Saya bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Unit Rehabilitasi dan kebanyakan pesakit saya adalah pesakit yang mengalami komplikasi penyakit diabetes dan darah tinggi yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, pengurusan diri, ekonomi, mental dan sosial.
Oleh itu, saya berazam untuk lakukan sesuatu agar generasi saya, golongan yang masih muda untuk mula hargai kesihatan diri,ubah gaya hidup dan pemakanan agar menjadi lebih sihat dan tidak mengalami komplikasi yang sama.
Pek Resepi Sihat ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada anda mencapai kesihatan yang lebih baik.
Dr. Kushairi Z
Admin Sihatologi.com
Managing Director Sihat Digital Media
Anda dilindungi polisi pemulangan wang selama 14 hari dari tempoh pembelian jika anda rasakan Starter Pack ini tidak dapat memberikan anda pengetahuan dan maklumat mengenai amalan pemakanan yang lebih sihat. Terus hubungi saya di sihatologi@gmail.com
Sihatologi.com and its social media channel is an imprint of Sihat Digital Media which is a company registered under SSM: RA0058342-D. This website is accredited with SSM Biztrust level 3. All rights of articles are reserved under Creative Commons Attribution 4.0 International License while digital contents are fully reserved under Sihat Digital Media.
Cookie | Duration | Description |
---|---|---|
cookielawinfo-checkbox-analytics | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics". |
cookielawinfo-checkbox-functional | 11 months | The cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional". |
cookielawinfo-checkbox-necessary | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary". |
cookielawinfo-checkbox-others | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other. |
cookielawinfo-checkbox-performance | 11 months | This cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance". |
viewed_cookie_policy | 11 months | The cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data. |
Guna kod kupon: sihat5 semasa checkout sekarang!
Beli sekarang dan dapatkan bonus 15 lagi resepi tambahan!