fbpx

Bagaimana Makanan Dihadam Menjadi Tenaga?

Mari kita akan lihat bagaimana hasil proses penghadaman iaitu glukosa, asid amino dan lemak digunakan sebagai sumber tenaga dalam badan.

In this article:

Penghadaman

Sebelum ini kita telah melihat proses yang terjadi dalam sistem penghadaman kita selepas kita makan.

Daripada penerangan tersebut, kita sudah tahu bahawa makanan yang kita makan dari komponen nutrisi makro akan dihadamkan ke struktur yang kecil dan diserap di usus kecil.

Dalam penerangan kali ini pula, kita akan lihat bagaimana hasil proses penghadaman itu digunakan sebagai sumber tenaga dalam badan.

Daripada makanan menjadi tenaga

Glukosa, asid amino dan asid lemak (hasil penghadaman makanan) yang diserap di usus kecil akan memasuki saluran darah dan teruskan perjalanan ke hati dan ke seluruh badan. Ia akan digunakan sebagai sumber penghasilan tenaga oleh sel badan.

Satu proses keseimbangan dalam badan yang melibatkan pelbagai organ dan hormon akan bertindak dalam memastikan badan kita sentiasa cukup dengan sumber tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan.

Mata wang tenaga dalam badan kita adalah dalam bentuk ATP (adenosine triphosphate). Terdapat banyak kitaran yang saling berkait-rapat dalam memastikan ATP ini mencukupi bagi digunakan oleh sel-sel.

Kitaran-kitaran ini melibatkan ketiga-tiga produk pencernaan makronutrien tadi iaitu glukosa sebagai sumber utama.

Tetapi wujud juga laluan alternatif melalui asid lemak dan asid
amino.

Badan kita juga bergerak seperti dunia perdagangan kerana ia melibatkan permintaan dan tawaran (supply and demand).

Apabila sumber tenaga melebihi penggunaan, sebagai contoh selepas kita makan satu hidangan yang tinggi dengan karbohidrat mudah. Lebihan glukosa tersebut akan ditukarkan ke dalam bentuk glycogen di hati dan lipid (lemak) di sel otot dan sel adipos.

Jika glukosa pula rendah, badan akan menggunakan simpanan dalam bentuk glycogen atau lemak tadi untuk digunakan dalam kitaran penghasilan tenaga bagi menghasilkan ATP.

Kitaran permintaan dan tawaran tenaga dalam badan ini dikawal
oleh hormon-hormon yang saling berkait rapat.

Glukosa, insulin dan glucagon

Apabila sel di hati menerima signal bahawa glukosa adalah tinggi,
insulin dari pankreas akan dirembeskan dan insulin akan memberikan signal pada sel-sel untuk membuka ‘pintu’ bagi membenarkan glukosa masuk ke dalam sel.

Apabila glukosa menjadi rendah pula seperti berpuasa dan bersenam atau apabila insulin naik terlalu tinggi akibat jenis pemakanan yang tinggi gula.

Badan akan berhenti menghasilkan insulin dan kemudiannya bertindak dengan menghasilkan hormon lain seperti glucagon. Glucagon akan menukarkan simpanan tenaga (glycogen) tadi ke dalam bentuk glukosa.

Kitaran tenaga dan metabolisma sel ini sebenarnya adalah lebih kompleks daripada yang digambarkan di sini kerana badan kita ini sentiasa mementingkan keseimbangan dan mempunyai banyak cara untuk mencapainya.

Lemak dan protein

Sel-sel dalam badan kita juga berupaya menghasilkan tenaga menggunakan ketiga-tiga jenis hasil cernaan makanan kita iaitu glukosa, asid lemak dan asid amino untuk dijadikan tenaga atau ATP.

Kebanyakan sel menggunakan glukosa sebagai sumber utama dalam menghasilkan tenaga (ATP).

Tetapi dalam mencapai keseimbangan tenaga yang kita bincangkan sebelum ini; asid lemak dan asid amino juga melalui kitaran-kitaran lain tetapi ia akan berakhir di satu kitaran yang sama.

Ia dipanggil kitaran TCA atau Kreb yang berlaku di dalam organelle sel iaitu mitokondria yang dipanggil oxidative phosphorylation.

Kitaran TCA

Di dalam mitokondria, glukosa (dalam bentuk pyruvate hasil degradasi glukosa di sitoplasma sel), asid lemak dan asid amino akan dirungkai menjadi kompaun pertengahan.

Ia kemudiannya memasuki kitaran TCA tadi dan menghasilkan kompaun kimia NADH dan FADH2 yang memasuki kitaran angkut elektron di mana reaksi dengan oksigen berlaku dan menghasilkan ATP.

Satu molekul asid lemak yang melalui kitaran ini menghasilkan hampir 100 ATP manakala pyruvate dan asid amino menghasilkan hampir 40 ATP melalui kitaran ini.

Banyak ATP yang dapat dihasilkan oleh satu molekul asid lemak, jadi mengapa badan kita tak gunakan saja asid lemak sahaja sebagai sumber tenaga?

carbohydrate metabolism
Kredit PPT online

Sel badan kita adalah fleksibel

Kebanyakan sel badan seperti sel otot dan sel adipos (lemak) memang menggunakan glukosa sebagai sumber utama penghasilan ATP.

Tetapi sel otot dan sel adipos adalah fleksibel dalam menukar sumber tenaga mereka kepada asid lemak dan asid amino.

Ini berbeza dengan beberapa jenis sel yang memang bergantung pada glukosa sahaja. Seperti sel darah merah (tiada mitokondria) dan sel di bahagian lensa mata.

Bagi sel otot dan sel adipos yang merangkumi hampir 60% jumlah berat badan manusia yang sihat, mereka akan menggunakan glukosa sebaik mungkin.

Proses ini dibantu oleh signal insulin yang dirembeskan pankreas apabila mendapati paras glukosa dalam darah meningkat. Biasanya keadaan ini berlaku selepas makan makanan tinggi karbohidrat ringkas dan manis.

Tetapi kesan peningkatan insulin ini, kebanyakan sel badan akan terus -menerus menggunakan glukosa sebagai sumber penghasilan ATP hinggalah satu tahap glukosa menjadi rendah.

Gula dalam darah rendah

Tahap glukosa rendah ini akan memberikan signal untuk pankreas memberhentikan pengeluaran insulin. Badan mula mengeluarkan hormon lawannya pula iaitu glucagon yang menutup ‘pintu-pintu’ di sel dari mengambil lagi gluosa dari dalam darah.

Ini bagi mengelakkan paras gula terlalu rendah dan memastikan sel-sel yang hanya bergantung pada glukosa mempunyai sumber tenaga yang berterusan.

Hormon glucagon juga akan menghentikan proses penukaran glukosa kepada glycogen untuk simpanan di hati melalui proses glycogenesis yang dimulakan oleh hormon insulin.

Ia juga akan memulakan beberapa rekasi bagi menjamin bekalan berterusan glukosa dalam badan melalui proses glucogenolysis (perungkaian glycogen tadi kepada molekul glukosa) dan gluconeogenesis (iaitu proses penghasilan glukosa daripada molekul bukan karbohidrat).

Glucagon juga akan meminta sel-sel adipos (lemak) untuk merungkai struktur simpanan mereka kepada asid lemak.

Reaksi ini biasanya akan berlaku apabila selepas beberapa jam kita berhenti makan. Ataupun jika kita melakukan aktiviti yang aktif seperti kerja fizikal atau senaman.

Hormon glucagon akan membantu memastikan paras gula dalam badan kita tidak menjunam ke tahap hipoglisemia, iaitu kurang daripada 4mmol/L melalui proses-proses ini.

Namun, proses keseimbangan ini juga dibantu hormon dan proses lain juga dalam badan kita.

Akibat komoditi glukosa yang sudah mula dikawal rapi, bagaimana sel-sel badan mahu menghasilkan tenaga atau ATP?

Pembakaran lemak

Seperti yang kita sebut tadi, sel otot dan sel adipos yang merangkumi 60% jumlah jisim badan kita. Sel-sel ini adalah fleksibel dalam penggunaan alternatif sumber tenaga selain glukosa.

Kesan daripada hormon glucagon tadi, proses lipolysis (degradasi sel adipos kepada sel asid lemak) akan berlaku. Proses ini akan menggerakkan asid lemak ke dalam sistem peredaran darah kita.

Ketika tempoh kurang bekalan glukosa, hampir 90% penghasilan ATP oleh sel otot dan adipos adalah dengan menggunakan asid lemak sebagai sumber.

Ini adalah bagi memastikan sel yang bergantung pada glukosa tidak terputus bekalan tenaga.

Kesimpulan

Badan kita menggunakan hasil penghadaman makanan yang kita makan sebagai sumber tenaga.

Kita juga harus tahu bahawa sistem penghasilan tenaga dalam badan kita adalah satu proses yang kompleks dan saling berkait.

Kita boleh menghasilkan tenaga bukan sahaja daripada karbohidrat, tetapi daripada lemak dan protein.

Proses ini merupakan asas kepada proses fisiologi badan apabila kita berpuasa, mengamalkan intermittent fasting dan diet keto.

Muat turun buku Masa Untuk Makan

Penerangan ini adalah sebahagian daripada artikel yang terkandung dalam buku panduan lengkap intermittent fasting yang saya berikan secara percuma.

Muat turun segera sebelum saya letakkan harga semula 😉

Share this with your friends & family!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Dr Kushairi Zuradi

Dr Kushairi Zuradi

Dr. Kushairi is a medical doctor working in Rehabilitation Medicine which deals with a wide range of diseases including post stroke and amputees. He started Sihatologi.com with the aim to educate as much people to live healthier, happier, better lives and prevent chronic diseases. He was once an obese guy but managed to control it. Loves his coffee black, no sugar and aim to run his first full marathon when the events start rolling again.

Contact Me
Select your currency
USD United States (US) dollar

Download Your

Free Healthy Recipe Cookbook

In PDF format. Bring anywhere you go. Includes many tasty healthy recipes, step by step guide, nutritional info, meal plan and shopping list. Download Now!

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.