Description
Buku ini tentang apa?
Masa Untuk Makan sebenarnya bukan sebuah buku mengenai makanan ataupun resepi masakan. Ia juga bukan sebuah buku ulasan tempat-tempat makan yang menarik.
Tetapi ia adalah sebuah buku yang menerangkan kebaikan dalam kita menentukan masa untuk kita makan dan bukan makan setiap masa.
Kerana, tidak kiralah kita mengaku atau tidak, hari ini kita makan dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan, dari bangun tidur, dalam kereta, sambil menonton, sambil berkelah, sambil bermesyuarat, sambil bersosial bersama rakan hinggalah bersenam.
Nasib baik tidur sahaja kita tak boleh makan. Setiap detik kita sedar itu dihiasi dengan makanan, dan malangnya makanan tersebut juga jarang sekali baik untuk badan.
Adakah badan kita ini mampu menerima makanan setiap masa?
Apakah kesan pada badan apabila kita mula mengambil kuasa dalam menentukan waktu kita makan?
Adakah badan kita akan berterima-kasih?
Adakah kita akan berterima-kasih pada diri sendiri?
Bagaimana untuk lakukannya?
Harapnya anda akan dapat semua jawapan kepada persoalanpersoalan berikut selepas membaca buku ini.
Ini bukan buku tentang makan.
Ini adalah buku untuk tidak makan.
Puasa.
Isi kandungan buku ini:
- Prolog
- Kisah bermula
- Apakah itu puasa?
- Apakah kesan berpuasa?
- Apa kata kajian sains?
- Bagaimana cara untuk puasa?
- Kalau berasa lapar bagaimana?
- Boleh ke kita langkau sarapan untuk puasa berkala?
- Bagaimana jika saya..?
- Akhir kata
- Epilog
- Rujukan
Apa yang anda akan dapat daripada buku ini?
- Ketahui pengalaman sebenar saya melakukan IF selama hampir 2 tahun.
- Anda akan faham dengan mudah bagaimana puasa berikan kita kebaikan dari sudut fisiologi.
- Anda akan tahu kebaikan berpuasa daripada sisi kajian sains terbaru.
- Saya akan terangkan bagaimana cara untuk anda mulakan IF.
- Saya akan terangkan tips-tips bagi anda yang baru nak mulakan IF.
Butiran lanjut:
- Penulis: Dr Kushairi Zuradi (MBBcH)
- Terbitan: Sihatologi.com
- 127 muka surat
- Format: PDF
Ketahui lebih lanjut mengenai intermittent fasting di panduan lengkap yang telah saya sediakan.
NORA AMIN (verified owner) –
Anonymous (verified owner) –
sangat baik
Maryam ZKhan (verified owner) –
Baru saya faham cara IF yang betul. Dengan tips yang lain lagi, sangat² membantu.
SITI HASMA (verified owner) –
Muhamad Asri bin Lazin (verified owner) –
Very informative & a comprehensive IF reference
Yatt (verified owner) –
Sangat bagus dan saya lebih mengetahui apa itu IF
Nik Fauziah (verified owner) –
E-book yg bermanfaat dan berguna unyuk membantu bagi sesiapa yanh ingin memulakan IF.
Terima kerana sudi berkongsi secara percuma.
Huda (verified owner) –
Sangat membantu saya yang masih baru dalam IF, baru 5 hari saya amalkan, berat dah menyusut sebanyak 1.4kg, saya masih enjoy makan cuma masa makan saya dipendekkan😍
Mohd Hasif (verified owner) –
Penjelasan yang jelas mengenai IF yang padat dengan bahasa yang mudah di fahami, antara penambah baikan seperti penambahan infografik dan warna mungkin mampu menarik lagi minat para pembaca, tahniah dan terima kasih
Hasmahani Harun (verified owner) –
wan nurshamalina (verified owner) –
Maszwandy (verified owner) –
Anis (verified owner) –
Penerangan yang sangat details dan mudah memahami konsep IF yang betul. Banyak info dan tips untuk memulakan IF dan rasa terinspirasi untuk follow IF.
Khairul azwan (verified owner) –
Anonymous (verified owner) –
Sangat lengkap
Idayuwati (verified owner) –
“Masa Untuk Makan ” memberi banyak maklumat yang baru bagi saya. Sebagai orang yang baru berjinak jinak dengan cara penjagaan kesihatan, buku ini memang memberi manfaat. InshaAllah, ia juga akan memberi manfaat kepada orang lain yang baru seperti saya.