fbpx

Antologi Cerpen: Biohazard

Sebuah ebook yang mengandungi 14 buah cerpen mengenai interaksi manusia dan organisma. Pasti akan buatkan anda sentiasa menjaga kebersihan diri dan penjarakan sosial.

Dapatkan segera!

Buku ini diberikan PERCUMA khas buat ahli Lite & Premium Sihatologi.

Mahu sertai keahlian Sihatologi? Kami ada tawaran terhad keahlian sepanjang hayat! Baca lebih lanjut.

Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Sale!

$20.00

Description

Sinopsis

“Kita tidak akan dapat lari daripada mereka. Ke mana sahaja kita pergi, di mana sahaja kita berada dan apa sahaja yang kita lakukan, mereka tetap akan ada bersama. Adakalanya mereka duduk bertenggek di lubang hidung tanpa dihidu, berpaut pada kelopak mata tanpa dilihat atau membisikkan sesuatu pada telinga tanpa kita sedari. Mereka turut ada di dalam udara yang kita hirup, dalam air yang diminum dan dalam makanan yang ditelan. Malah mereka sudah hidup di dalam tubuh badan semenjak kita dilahirkan ke dunia. Siapakah mereka dan apakah yang akan terjadi jika mereka merasuk tubuh dan mula bermaharajalela?”

(bīōˌhazərd)
sesuatu yang memberikan risiko kepada kesihatan manusia dan persekitarannya yang datang daripada sumber biologi terutamanya mikroorganisma.

Pernahkah anda terfikir apabila anda duduk seorang diri anda sebenarnya tidak keseorangan? Turut ada bersama selain daripada Tuhan, Malaikat dan mungkin Jin adalah berjuta-juta makhluk halus yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar. Mereka terapung di udara, melekat pada kulit dan ada di dalam setiap rongga badan kita.

Kebanyakan makhluk halus yang terdiri daripada bakteria, virus dan parasit ini menjadikan manusia sebagai rumah mereka. Tanpa kita, mereka tidak dapat hidup. Namun begitu, apabila mereka mula bermastautin di dalam badan kita, mereka mula membebaskan toksin dan merangsang sistem imun badan yang menjadi punca kita jatuh sakit.

Buku ini memuatkan kisah-kisah yang menceritakan bagaimana makhluk yang sangat halus ini mampu mengubah hidup seorang insan dan orang lain di sekelilingnya. Walaupun saiz mereka kecil dan kita tidak dapat melihat mereka, jangan sesekali kita pandang rendah akan kemampuan mereka. Bak kata Lady Galadriel dalam Lord of the Rings; “Even the smallest person can change the course of history.” 

Isi kandungan buku ini

Senarai organisma yang terkandung di dalam buku ini mengikut cerita:
  1. Doa Untuk Malaysia – Virus Nipah
  2. Pandemik  – Virus H7N9
  3. Bunuh Yahudi – Prions/Tuberkulosis
  4. Realiti Maya – Gonorrhea
  5. Salah Siapa? – Streptococcus pyogene
  6. Picagari – Hepatitis B
  7. Dua Bidadari – Virus Polio
  8. Hantu Lombong – Nigleria Fowleri
  9. Tegang dan Longlai – clostridium tetani & clostridium botulinin
  10. Mangga & Penjajahan Dunia – salmonella typhi
  11. Tahi dan Hati – Fasciola hepatica
  12. Dialog Parasit – askaris lumbricoides, entrobius vermiculari, draculosis medina
  13. Anak Bapak – syphilis
  14. Revolusi Gastrik – h. pylori

Apa kata pembaca di Goodreads?

“Reading Biohazard will result in you now thinking about every move you make, every inch of anything you touch/eat/breathe in and could possibly turn you into a germaphobe. A compilation of short stories revolving around viruses and diseases-related, this book is also a collection of my worst nightmares…” – Anis


“Tau buku apa yang boleh buat saya basuh tangan tiga kali sebelum makan dan hampir menjerit histeria waktu lalat hinggap kat makanan lepas habis baca?

Biohazard tulisan Kushairi Zuradi.” – Aisyah


“Satu, penulisan yang sangat kreatif.
Dua, banyak sangat banyak istilah-istilah biologi mikro yang digunakan dalam naskah ini. Watak-watak mikro dalam naskah ini sangat hidup, berfungsi dan sangat berpengaruh menjadikan pembacaannya tidak bosan dan banyak kejutan. Sangat2 teruja dgn penulisan yang matang dan berinformasi sebegini. Tahniah.. 4 bintang bersinar-sinar” – Juzlam


“Strongly recommended! Setiap cerpen ada mesej-mesej tersendiri. Ada yang deep, yang kena korek sendiri, and ada jugak yang direct. Kalau tak dapat tangkap jugak mesej dia, tak tahu la. Analogi pun menarik dan mudah difahami.” – Fatin


“The 5 essential values of life: nyawa, agama, akal, maruah dan harta menjadi keutamaan untuk kita lindungi. Itulah yang saya sering fikirkan bila membaca antologi ini. ” – Enol. M

Catatan penulis

Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda kita hari ini. Saya sendiri apabila menulis buku ini tidak sangka bahawa kita akan menghadapi situasi begini dalam jangka hayat kita.

Oleh itu, sebagai usaha menyebarkan sedikit gambaran bagaimana kita berinteraksi dengan mikro-organisma, saya berikan buku ini percuma untuk dimuat-turun.

Semoga ia menjadi sumber untuk menambah kefahaman anda mengenai interaksi kita dengan ‘makhluk halus’ ini melalui kisah-kisah fiksyen yang saya karang berasaskan sifat mikrobiologi mereka.

Selamat membaca!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Antologi Cerpen: Biohazard”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select your currency
USD United States (US) dollar

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.