membantu anda hidup dengan sihat
Adalah menjadi misi utama kami di Sihatologi.com untuk membantu anda hidup dengan lebih sihat. Kami berusaha menyediakan panduan-panduan yang terkini dan terbaik dalam pelbagai sumber media digital bagi memudahkan capaian dan pemahaman anda.

Tentang Sihatologi
Sihatologi.com bersama rangkaian media sosial Sihatologi merupakan sebuah imprint Sihat Digital Media yang didaftarkan di bawah SSM: RA0058342-D. Laman web sihatologi.com telah menerima akreditasi SSM Biztrust level 3.





Sihat bermaksud tidak menghidapi sebarang penyakit, tidak sakit dan afiat.
Suffix -ology daripada Bahasa Inggeris yang bersumberkan perkataan Greek Kuno iaitu -λογία (-logia) membawa maksud cabang pengetahuan tentang sesuatu perkara.
Maka, sihatologi merujuk kepada pengetahuan untuk hidup dengan sihat dan mengelakkan penyakit. Semua orang pastinya memerlukan pengetahuan ini.

Dr. Kushairi
"
admin // managing director
kushairi zuradi
Terlalu ramai pesakit saya di Klinik Rehabilitasi mengalami komplikasi penyakit kronik yang mencacatkan seperti strok dan amputasi kaki. Saya percaya, dengan usaha mendidik masyarakat untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, kita dapat mengelakkan seramai mungkin individu daripada perlu menghadapinya.