Smoothie atau sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikisar merupakan salah satu cara untuk kita menambah hidangan serat dalam diet harian kita.
Rakyat Malaysia memang tak cukup makan sayur. Ini dapat dilihat dalam laporan NHMS 2019 dimana 94.9% rakyat Malaysia tidak mendapatkan sayur dan buah yang mencukupi iaitu 5 hidangan atau sajian sehari.
Oleh itu, apa kata anda cuba gabungan-gabungan sayur dan buah ini yang pastinya sihat kerana ia bukan sahaja membekalkan serat yang diperlukan badan malah memberikan kita nutrisi vitamin yang baik untuk badan.
Smoothie Si Hijau

Bahan-bahan
- 2 epal hijau
- 1/2 timun
- 1/2 lemon segar, ambil jus
- 1 cup bayam
- 1 cup kale
- 1 cup blackberries
Chocolate Chia

Bahan-bahan
- 2 cup almond milk tanpa gula
- 1 pisang
- 1/2 avokado
- 1 tsp serbuk koko tanpa gula
- 2 tsp chia seeds
Smoothie Berry Kelapa

Bahan-bahan
- 1 cup campuran berries (segar atau frozen)
- 2 sudu teh chia seed
- 1 1/2 santan
- 1 sudu teh kayu manis
Smoothie Kiwi & Lobak Merah

Bahan-bahan
- 3 Lobak merah dipotong
- 1 cup kiwi dipotong
- 1/2 cup Greek Yogurt
- 1 Oren segar
- 2 sudu besar flax seeds
Smoothie Sang Saka Biru

Bahan-bahan
- 1 cup blueberries frozen
- 1/2 avokado
- 1 1/2 santan
- 1 sudu besar chia seed
- 1 sudu besar coconut butter/almond butter
Cuba hari ini!
Jangan tunggu lagi. Cuba resepi smoothie ini hari ini!
Diharapkan dengan memasukkan menu ini sebagai snek ataupun minuman ke dalam jadual pemakanan harian anda, ia mampu menyumbang kepada amalan pemakanan yang lebih sihat.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita lebih kreatif dalam menggunakan bahan-bahan makanan semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bentuk yang ‘fun’.
Minuman begini, anak-anak kecil pun akan sukakannya dan minta anda untuk buatkan di rumah.
Resepi ini juga boleh diubah menjadi smoothie bowl di mana anda gunakan bahan-bahan yang sama, kemudian campurkan bersama overnight oat atau taburkan kacang-kacang campuran seperti almond, walnut dan sunflower seed.