Aplikasi MySejahtera ini dibangunkan bagi membantu negara kita menangani pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah terlibat dan proses ini.
Aplikasi MySejahtera ini membolehkan kita membuat penilaian kesihatan melalui saringan gejala COVID-19 dengan menjawab beberapa soalan yang disediakan, ia juga menjadi tempat rujukan yang sahih bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19.
Muat turun applikasi
Anda boleh menggunakan applikasi ini melalui
- Browser – imbas kod QR di poster atau lawati link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/ untuk mendaftar.
- Muat turun do Google Playstore atau di IOS App Store
Daftar
Ikuti langkah-langkah poster dan video di bawah:

Ulasan
Semestinya, usaha sebegini oleh pihak Kerajaan adalah dialu-alukan bagi membantu rakyat mendapatkan maklumat mengenai saringan gejala COVID-19, talian CPRC untuk dihubungi, saluran saringan COVID-19 di makmal swasta serta statistik COVID-19 yang terkini di Malaysia dan seluruh dunia.
Semasa mendaftar, aplikasi ini meminta beberapa butiran peribadi semerti nama penuh, alamat emel dan juga nombor telefon yang akan sedikit merisaukan mana-mana pengguna, namun kenyataan di laman rasmi MySejahtera menjamin maklumat peribadi ini tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak;
Aplikasi ini dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan menjamin bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/FAQ/
Menu
Apabila mula menggunakan applikasi ini, cara penggunaannya diberitahu dengan ringkas dan navigasi antara tiga tab utama aplikasi ini iaitu ‘Apa yang ingin dilakukan’, ‘Perlu Diketahui’ dan ‘Perlu Dilakukan’ adalah lancar.


















Apa yang ingin dilakukan
Ada beberapa pilihan iaitu
- Check in lokasi untuk menentukan lokasi tempat saringan.
- Daftar keluarga yang tidak mempunyai internet ata peranti.
- Talian terus ke CPRC KKM.
- Link ke Virtual Health Advisory – Doctoroncall
- Saluran untuk saringan COVID-19 swasta
- Lokasi Pusat Saringan terdekat
- FAQ
Apa yang perlu dilakukan
Soalan-soalan bagi mengesan gejala COVID-19 boleh dibuat di bahagian ini.
Keputusan saringan dan tahap risiko juga akan dimaklumkan pada pengguna.
Statistik
Paparan statistik terkini dan dipercayai juga boleh dirujuk dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera ini.
Kesimpulan
Berdasarkan penggunaan saya setakat ini, aplikasi ini mudah digunakan, aplikasinya juga adalah stabil dan saya yakin dengan maklumat yang terkandung di dalamnya bagi mengelakkan maklumat dan berita palsu.
Anda boleh lihat demo penggunaan aplikasi ini dalam video ini
Aplikasi MySejahtera ini juga dikatakan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Kami mengesyorkan anda semua mendapatkan aplikasi ini bagi mendapatkan saluran maklumat yang sahih, memudahkan anda membuat saringan gejala COVID-19 secara berkala dan menghubungi talian CPRC KKM yang disediakan jika memerlukan tindakan lanjut.
Teruskan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), duduk di rumah serta jaga kebersihan dan kesihatan diri dan keluarga.
Semoga kita dapat harungi pandemik ini dengan jayanya.
Jangan lupa untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat!