Anda makan apa semasa cheat day?
Apa definisi cheat day untuk anda?
Adakah ia merupakan satu hidangan atau untuk sesetengah orang seharian yang diperuntukkan untuk ‘membalas dendam’ makan makanan yang kita sendiri tahu tidak menyihatkan dan baik untuk kita?
Atau ia merupakan satu hari yang anda khaskan untuk tidak terlalu memikirkan perancangan untuk capai target dan ‘go with the flow’ untuk hari tersebut.
Persoalannya, adakah ia sebahagian daripada amalan pemakanan dan gaya hidup sihat atau ia sebenarnya memberikan kesan yang negatif kepada kita?
Tak perlu sampai ‘cheating’
Bagi saya, ia bukanlah satu hari yang kita perlu ‘cheating’ atau menipu diri sendiri, kerana perlukah sampai ke tahap itu kita klasifikasikan satu hari atau hidangan yang diluar jadual kita tu?
Anggaplah ia sebagai satu hari untuk kita berehat, atau makan satu hidangan yang mungkin anda inginkan untuk makan tetapi anda tahan kerana ia tinggi dengan kandungan gula dan karbohidrat ringkas.
Usah rasa bersalah pula selepas makan hidangan tersebut!
Namun begitu, ada caranya untuk kita elakkan diri kita daripada ada perasaan ingin ‘membalas dendam’ ketika cheat day atau meal ni. Teruskan membaca untuk ketahui caranya!
Tabiat yang sihat
Kerana dalam perjalanan untuk menjadi lebih sihat, semua amalan yang baik itu haruslah menjadi satu tabiat yang sebati dalam hidup kita.
Jika dalam perjalanan untuk menjadikan amalan sihat itu satu tabiat, makan hidangan yang tidak menyihatkan sekali-sekala adalah tidak mengapa – jika ia membantu dalam pembinaan tabiat sihat kita tersebut.
Kerana seperti yang dibincangkan sebelum ini dalam 5 stratergi untuk berubah – 1 hari dalam seminggu dibolehkan untuk kita santai sedikit daripada target dan perancangan kita untuk beri sedikit ruang kepada minda dan fizikal kita untuk menyesuaikan diri.
Ia penting untuk mengelakkan ‘binge eating’ atau membalas dendam.
Tetapi haruslah ia dimakan dengan tidak berlebih-lebih dan bukan hari-hari atau selang sehari.
“Cheat day: Tak perlu anggap ia ‘cheating’ dan rasa bersalah. Enjoy and move on!”
Tweet
Jom tonton semula talk mengenai Cheat Day ini
Baru-baru ini saya telah dijemput oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan untuk sama-sama membincangkan perkara ini.
Saya kongsikan mengapa saya katakan kita tidak perlu rasa bersalah apabila kita makan ‘cheat meals’.
Selain itu, saya juga tekankan konsep perubahan mindset kita supaya ia bukan hanya berteraskan keiinginan untuk kurus semata-mata, tetapi ia adalah demi tujuan yang lebih daripada itu.
Nak cheat day setiap hari untuk elakkan binge eating ketika cheat day? Tonton perbincangan ini ya!
Rujuk slide mengenai Talk Cheat Day di atas:
Adakah cheat day mendatangkan kesan negatif?
Ia bergantung kepada apa yang kita makan makan dan kuantitinya juga.
Kalau setakat satu suap kek, ia tidaklah memberi kesan yang terlalu banyak.
Tetapi jika kuantitinya banyak dan semua hidangan pada hari tersebut berasaskan karbohidrat ringkas, gula dan lemak; ia boleh mendatangkan kesan yang tidak kita mahukan seperti menaikan paras gula dan kekebalan insulin.

Ada cara lain yang boleh kita lakukan dalam mengekalkan kewarasan kita dalam membiasakan diri berubah dan dalam masa yang sama tidak mengakibatkan kesan negatif kepada badan.
Rehat satu hari dalam seminggu
Seperti yang kita bincang panjang lebar dalam cara terbaik untuk melakukan perubahan adalah dengan melakukan sesuatu hingga ia menjadi tabiat dalam kehidupan seharian.
5 Stratergi untuk perubahan yang konsisten
- Satu perubahan dalam satu masa
- Perubahan berdasarkan keupayaan kita
- Lakukannya selama 14 hari
- Rehat 1 hari dalam seminggu
- Review dan adjust
Kerana inilah saya katakan kita tidak perlu melabelkan ‘cheat day’ ini sebagai cheating. Jadikan ia sebagai satu stratergi yang positif dan mendatangkan kebaikan kepada kita.
Paling penting, jangan rasa bersalah dan rasa tenggelam ke dasar laut dan sebagainya. Banyak betul istilah ni sekarang kan?
Mindset kurus vs. sihat
Apabila kita mengubah mindset kita daripada hanya fokus kepada menguruskan badan kepada amalan sihat yang berterusan sepanjang hayat, kita akan dapat keluar dari dogma ‘cheating’ ini.
Kerana jika target anda hanya untuk amalkan pemakanan sihat selama 1-2 bulan atau hingga capai target berat kemudian balik semula ke amalana pemakanan yang asal, anda akan terperangkap dalam satu kitaran ‘yo-yo’ yang tak berakhir.
Sekejap sahaja turun berat kemudian naik semula. Jadi anda pun makan sihat dan bersenam semula.
Lama-lama anda tertekan dengan kehidupan sebegini.
Apabila kita hanya fokus pada mindset kuruskan badan dan bukan sihat, kita tidak jadikan tabiat sihat itu sebagai amalan sepanjang hayat tetapi hanya amalan sementara (yang kebanyakannya kita tak suka buat pun walaupun baik untuk kita)
Apabila kita ubah mindset ini, kita akan cuba jadikan amalan sihat sebagai sesuatu tabiat – maka secara automatik kita akan buat setiap hari tanpa paksaan atau paksa-rela.
Gunakan nisbah 80:20
Sekarang kita sudah tahu bahawa ‘cheat day’ yang keterlaluan boleh menyebabkan kesan negatid kepada badan kita malah mungkin membantutkan usaha kita untuk sihat dan dalam masa yang sama mencapai berat ideal.
Oleh itu, cuba aplikasikan nisbah 80:20 dalam kehidupan harian kita.
Setiap hari, cuba sedaya-upaya kita untuk makan 80% daripada keperluan kalori atau jumlah makanan harian yang terdiri daripada sumber asli dan menyihatkan.
Manakala lebihan 20% lagi dibolehkan makan sebarang bentuk makanan yang diproses seperti ais krim atau kek yang mungkin anda terlalu inginkan.
Dengan cara ini, kita dapat elakkan ‘cravings’ yang berpanjangan dan mengelakkan anda ber-mukbang di hujung minggu.
Jika tak boleh capai nisbah 80:20, buat perlahan-lahan daripada 50:50 dan naik sedikit demi sedikit.
Gunakan 5 stratergi yang kita bincangkan di atas.
Kongsikan dan jom bincang
Kongsikan artikel ini dengan rakan dan keluarga anda jika anda rasa ia bermanfaat.
Tuliskan komen atau pendapat anda di ruangan komen di bawah juga ya untuk kita bincang bersama-sama.
Biasanya, apa makanan yang anda selalu makan bila tiba ‘cheat day’ anda? 😉