fbpx

Alam Semesta Dan Kesihatan Diri: Wujudkah kaitan?

Adakah mungkin dengan melihat keluasan alam semesta kita akan lebih cakna akan kesihatan diri?

In this article:

alam semesta

Keluasan alam semesta sebenarnya melangkaui akal fikiran kita. Apabila anda sedang berdiri seorang diri, cuba pejamkan mata. Fikirkan tentang luasnya dunia di sekeliling anda, jarak antara bandar ke bandar, negeri ke negeri.

Hinggakan untuk pulang ke kampung yang hanya beberatus kilometer pun memerlukan kita untuk mengambil kira tentang duit, masa, kerja, cuti, komitmen dan bermacam lagi perkara.

Fikirkan tentang masalah peribadi anda; hubungan cinta dengan pasangan? Masalah kewangan? Bagaimana pula dengan masalah sosial dan komuniti di sekeliling anda.

Korupsi? Ketidak-pastian untuk dipimpin kerajaan berwibawa? Keserabutan pandemik? Segalanya seakan tak dapat digapai dek tangan, kaki dan fikiran kita.

Teruskan membaca dan kita akan fikirkan kembali persoalan-persoalan tersebut kemudian.

Cabaran Voyager

Pada tahun 1980, kapal angkasa robotik Voyager 1 yang dilancarkan NASA telah berjaya terbang melewati planet Zuhal dan ia merupakan antara misi utama kapal angkasa tersebut.

Ketika itu, Carl Sagan sebagai penasihat kepada NASA mencadangkan untuk menggunakan kamera pada Voyager 1 untuk merakamkan gambar bumi dari posisi tersebut.

Namun akibat beberapa permasalahan teknikal dan bantahan staf dalaman NASA rancangan tersebut hanya dapat direalisasikan pada tahun 1989.

Maka wujudlah gambar portrait bumi dari jarak lebih 6 000 000 000 kilometer daripada bumi yang dikenali sebagai ‘titik biru pudar’ (pale blue dot).

Wikimedia: Pale Blue Dot

Buat anda yang belum mengenali titik biru pudar ini, cuba tenung gambar tersebut di atas dan cari di mana bumi kita berada.

Pada jarak tersebut kita hanyalah satu piksel dalam sebuah gambar yang luas.

Di situlah kita wujud. Di situlah rumah kita.

Pastinya saya tidak akan dapat terangkan perihal gambar tersebut lebih baik daripada apa yang diutarakan Car Sagan sendiri dan petikan tersebut lekat di hati saya sejak saya membaca dan mendengarnya:

“That’s here. That’s home. That’s us. On it, everyone you ever heard of, every human being who ever lived, lived out their lives. The aggregate of all our joys and sufferings, thousands of confident religions, ideologies and economic doctrines, every hunter and forager, every hero and coward, every creator and destroyer of civilizations, every king and peasant, every young couple in love, every hopeful child, every mother and father, every inventor and explorer, every teacher of morals, every corrupt politician, every superstar, every supreme leader, every saint and sinner in the history of our species, lived there on a mote of dust, suspended in a sunbeam.The Earth is a very small stage in a vast cosmic arena.

Think of the rivers of blood spilled by all those generals and emperors so that in glory and in triumph they could become the momentary masters of a fraction of a dot. Think of the endless cruelties visited by the inhabitants of one corner of the dot on scarcely distinguishable inhabitants of some other corner of the dot. How frequent their misunderstandings, how eager they are to kill one another, how fervent their hatreds.

Our posturings, our imagined self-importance, the delusion that we have some privileged position in the universe, are challenged by this point of pale light.

Our planet is a lonely speck in the great enveloping cosmic dark. In our obscurity – in all this vastness – there is no hint that help will come from elsewhere to save us from ourselves. It is up to us. It’s been said that astronomy is a humbling, and I might add, a character-building experience.

To my mind, there is perhaps no better demonstration of the folly of human conceits than this distant image of our tiny world.

To me, it underscores our responsibility to deal more kindly and compassionately with one another and to preserve and cherish that pale blue dot, the only home we’ve ever known.”

Carl Sagan

Pada titik itulah berlakunya segala perbalahan politik dan korupsi yang berlaku kini, di situ jugalah manusia hidup dalam kekalutan pandemik dan seribu macam masalah lagi.

Ia merupakan gambaran betapa kerdilnya kita dalam lautan ciptaan Tuhan yang sangat luas, dan betapa tak penting atau lemahnya daya tindakan kita dalam mengawal kitaran dunia apatah lagi alam semesta.

Alam semesta yang luas

Jika dari planet Zuhal anda sudah rasa kerdil, tunggu dahulu.

Realiti sebenar kekerdilan kita adalah lebih dari itu. Terdapat satu bab dalam mata pelajaran sains di sekolah tentang sistem suria kita.

Kita belajar tentang matahari serta planet-planet yang mengorbit matahari. Kita belajar sedikit sebanyak tentang Utarid hingga Neptun dan Bumi sebagai planet ketiga dari matahari dan ia berhenti setakat itu.

Tidak ramai sebenarnya yang sedar bahawa itu bukanlah pengakhiran buat alam semesta kita.

Tidak, dunia ini tidak hanya terdiri daripada sistem solar kita sahaja. Jika kita lihat keluar kita akan sedar sebenarnya sistem suria kita ini hanyalah satu titik daripada banyak lagi sistem solar di sekelilingnya.

Di dalam sistem solar interstellar, dan sistem solar interstellar kita ini hanyalah satu titik kecil daripada banyak lagi sistem seakannya yang membentuk galaksi kita iaitu galaksi Milky Way.

Tapi tunggu, ia tidak berhenti di situ. Galaksi kita pula hanya titik kecil dari banyak lagi galaksi lain dalam kumpulan galaktik lokal.

Kumpulan galaktik lokal ini pula hanya titik kecil dalam super-kluster virgo yang luas dan super-kluster virgo ini pula satu titik kecil dalam kumpulan super-kluster lokal dan super-kluster lokal hanyalah satu titik yang sangat-sangat kecil dalam alam semesta yang diketahui.

Mindfuck? Nak gambaran yang lebih jelas boleh lihat video ini;

Jadi di sini, fikirkan kembali persoalan di awal tulisan ini; bandingkan betapa kerdilnya kewujudan kita berbanding luasnya ciptaan Maha Pencipta, tetapi mengapa kita rasa masalah yang kita hadapi ini adalah masalah paling besar di alam semesta?

Saya tinggalakan persoalan tersebut kepada anda untuk direnungkan siang dan malam.

Kejadian alam semesta di luar kawalan kita

Namun perkara utama yang ingin saya ketengahkan apabila mula menerangkan betapa kecilnya manusia dalam ciptaan alam semesta adalah setiap perkara yang berlaku di sekeliling tubuh kita selalunya di luar kawalan kita.

Anda tidak dapat mengelakkan tsunami jika ia ternyata ditakdirkan berlaku, dan sebenarnya anda tidak dapat menentukan seorang diri siapa perdana menteri kita seterusnya.

Setiap gerakan sosial memerlukan usaha-sama lebih daripada satu individu.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, ada sesuatu yang telah diberikan pada setiap manusia dan keupayaan penuh untuk mengawalnya – tubuh badan kita.

Badan kita bagaikan alam semesta

Badan kita sebenarnya adalah satu alam semesta tersendiri. Ia terdiri daripdada pelbagai sistem kehidupan yang dijana oleh organ-organ yang bekerjasama dengan indah untuk menghasilkan ritma kehidupan yang kita nikmati.

Setiap organ itu pula dibentuk daripada berbilion sel yang mungkin setanding bilangan bintang di alam semesta.

Setiap satu sel yang saiznya tersangat kecil adalah bebas untuk berfungsi dan menghasilkan tenaga dan menjalankan tugas yang sangat spesifik.

Di dalam sel itu mengandungi organel dan nukleus yang membantu sel tersebut menjalankan tugasnya dan di dalam nukleus itu pula mengandungi gumpalan-gumpalan DNA yang terdiri daripada molekul protein yang merencanakan nasib dan fungi kehidupan kita dalam badan yang kita punya ini.

Analoginya sama seperti sebuah alam semesta cumanya ia sebenarnya berada di dalam badan kita.

Bezanya kali ini kita mempunyai peluang untuk mengawal alam ini sepenuhnya.

Badan kita adalah dalam kawalan kita

Kita berupaya menentukan nutrisi yang masuk ke dalam sistem penghadaman kita kerana setiap molekul protein, karbohidrat atau lipid mampu memberikan reaksi tertentu kepada seluruh sistem badan.

Kadar gula yang tinggi dalam darah akibat pengambilan makanan tinggi kadar gula atau kaya dengan karbohidrat berupaya menyebabkan inflamasi kepada saluran darah.

Seterusnya menjana satu reaksi penstabilan dan pembaikian badan yang mengakibatkan pembentukan plaque yang terdiri dari molekul lipid dan seterusnya meningkatkan risiko untuk sel platlet bergabung dan membentuk darah beku maka terjadilah – serangan jantung atau strok.

Setiap perubahan dalam persekitaran atau penambahan luaran yang kita salurkan pada badan berupaya menjanan reaksi yang sangat padu.

Sistem ganjaran dalam badan kita yang berkait rapat dengan hormon dopamin bukanlah sesuatu yang boleh di buat main.

Sistem ganjaran ini merupakan kunci kepada ketagihan dadah, malah apa sahaja ketagihan termasuk pornografi dan media sosial.

ketagihan media sosial
Ketagihan Media Sodial – Photo by camilo jimenez on Unsplash

Reaksi badan pada pilihan kita

Sistem media sosial yang berpusar pada likes dan comment merupakan contoh kepada usaha manipulasi sistem fisiologi asas manusia.

Pada setiap like atau comment atau apa sahaja yang datang dari media sosial sebenarnya menjana sedikit rembesan dopamin dalam otak.

Maka otak kita akan seringkali menagih rembesan dopamin yang dicetus post atau gambar anda di facebook, instagram atau twitter sehingga menyebabkan ada yang sanggup bankrup semata-mata berusaha menaik-taraf ilusi hidup mereka di media sosial.

Ataupun kopi yang kita minum yang mengandungi kafein merupakan sejenis ‘penghalang reseptor’ kepada adenosine yang dihasilkan oleh otak.

Ia adalah sebagai penanda aras untuk otak mengetahui bahawa ia sudah banyak bekerja dan perlu berehat.

Apabila kafein menutup ruang reseptor adenosin maka kita dapat menipu otak bahawa kita masih belum penat, namun badan menjana rekasi dengan menghasilkan lebih banyak reseptor adenosin dan ini merupakan antara faktor yang menyebabkan kebergantungan kepada kopi.

Dan banyak lagi perkara untuk dihuraikan bagi menerangkan bagaimana sebenarnya kita mampu mengawal apa yang kita salurkan pada alam semesta (badan) kita ini.

Betapa kita punya pilihan untuk samada memberikan reaksi positif atau negatif.

Kita mungkin ciptaan kerdil jika dibandingkan dengan alam semesta yang sangat luas, namun Tuhan juga menciptakan kita dengan perspektif yang sama.

Badan kita ini adalah amanah dan kurnian Tuhan.

Jagalah ia sebaiknya.

Share this with your friends & family!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Dr Kushairi Zuradi

Dr Kushairi Zuradi

Dr. Kushairi is a medical doctor working in Rehabilitation Medicine which deals with a wide range of diseases including post stroke and amputees. He started Sihatologi.com with the aim to educate as much people to live healthier, happier, better lives and prevent chronic diseases. He was once an obese guy but managed to control it. Loves his coffee black, no sugar and aim to run his first full marathon when the events start rolling again.

Contact Me
Select your currency
USD United States (US) dollar

Download Your

Free Healthy Recipe Cookbook

In PDF format. Bring anywhere you go. Includes many tasty healthy recipes, step by step guide, nutritional info, meal plan and shopping list. Download Now!

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.