fbpx

Resepi Ayam & Salsa Mangga – Sedap, Sihat & Mudah

Dapatkan resepi ayam dan salsa mangga bersama balutan salad yang sedap dan sihat di sini!

In this article:

resepi sihat

Ayam dan salsa mangga ni adalah antara resepi yang paling saya gemari./

Ia mudah disediakan, waktu penyediaan juga sangat cepat, sangat sedap dan yang paling penting; sihat!

Elemen utama yang sangat saya suka adalah fokus resepi ini untuk bantu kita mendapatkan sajian sayur dan buah secukupnya.

Seperti yang telah kita ketahui sekarang, 94.9% rakyat Malaysia tidak makan sajian sayur & buah yang mencukupi!.

Maka resepi-resepi yang fokus pada sayur & buah begini adalah sangat baik untuk kita masukkan dalam jadual makanan mingguan kita.

Alternatif pada roti

Kita sudah lihat dalam panduan pemilihan karbohidrat kita sebelum ini bahawa kita sebenarnya terdedah kepada pilihan karbohidrat ringkas yang terlalu banyak.

Pengambilan inti seperti ayam panggang atau tuna juga selalu dikaitkan dengan sandwich – yang hanya lengkap dengan roti keping atau roti pita dan wrap.

Pemilihan jenis roti serat tinggi atau mil penuh tidak mendatangkan masalah dalam risiko kenaikan berat badan.

Namun begitu, jika kita mempunya alternatif kepada makanan bersumberkan karbohidrat yang tinggi, apa salahnya kan?

Daun salad yang serbaguna

Daun salad seperti daripada jenis lettuce adalah sangat serba-guna.

Kebiasannya ia diletakkan dalam resepi salad dan digabungkan dengan beberapa jenis salad dan buah-buahan lain.

Namun jarang juga ia dijadikan sebagai balutan atau wrap.

Anda boleh mula cuba hari ini. Selain daripada menggunakan roti untuk dimakan dengan sumber protein seperti tuna atau telur mayo, gantikannya dengan balutan salad lettuce.

Anda tak akan rindu pun roti tersebut.

Malah ia akan memudahkan usaha anda memenuhkan kuota sayur dan buah harian secukupnya.

Dalam masa yang sama, kita akan dapat faedah dari nutrisi salad seperti serat dan vitamin.

Gabungan rasa yang sedap

Gabungan ayam panggang bersama salsa mangga dalam resepi ini bagi saya adalah gabungan rasa yang sangat sedap.

Anda akan dapat rasakan kemanisan dari mangga yang berlapis-lapis dengan rasa asiditi daripada limau nipis dan pedas yang secukupnya daripada hirisan cili.

Sekali rasa pasti nak lagi!

Paling penting, apabila nak makan lagi, ia tidak susah disediakan.

Kita pun tak rasa bersalah nak makan lagi kerana bahan-bahan semuanya adalah bersumberkan bahan asli dan tidak diproses.

Usah tunggu lagi.

Resepi ini pastinya akan membantu naik-taraf amalan pemakanan anda menjadi lebih sihat.

resepi eat clean

Ayam Dan Salsa Mangga

Dr. Kushairi Zuradi, MBBCh
Kombinasi ayam dan salsa mangga yang dimakan bersama daun salad pastinya memberikan kepuasan yang tidak terhingga!
Prep Time 15 minutes
Cook Time 8 minutes
Course Salad
Servings 4 Orang
Calories 362 kcal

Equipment

  • Kuali Pan

Ingredients
  

Bahan Asas

  • 4 Bahagian Ayam Peha atau dada
  • 1 tbsp Olive Oil Extra Virgin

Bahan Salsa

  • 1 Biji Avokado Potong dadu
  • 1 Biji Mangga Potong dadu
  • ½ Biji Bawang merah Dihiris
  • 1 Biji Tomato Potong dadu
  • ¼ Biji Timun Potong dadu
  • 1 Biji Limau nipis Perahan jus
  • 1 Biji Salad Lettuce/Romaine

Instructions
 

  • Perapkan ayam bersama garam dan lada hitam dangaulkan bersama minyak zaitun.
  • Panaskan kuali grill pada api sederhana dan masak ayam3-4 minit satu sisi hingga masak dan sederhana garing.Letakkan di tepi dan biarkan ia sejuk.
  • Campurkan semua bahan untuk salsa di dalam mangkuk.
  • Apabila ayam sudah sejuk, hiris ayam ke saiz sederhana.
  • Hidang dengan meletakkan lettuce sebagai tapak, letakkansalsa kemudian susun hirisan ayam.

Notes

Nutrisi setiap hidangan:
Karbohidrat 21g
Protein 25g
Lemak 21g
Keyword Ayam, Mangga, Salad, Salsa


Kongsi

Anda nak cuba resepi salad mudah ini? Kongsikan dengan sahabat dan keluarga anda yang tercari-cari resepi sayur yang mudah begini. Mereka mesti berterima kasih dengan anda.

Kalau dah cuba, review di sini okey? Saya nak tahu juga feedback bagaimana.

Anda suka resepi ini?

Resepi ini adalah sebahagian daripada panduan lengkap untuk anda ubah gaya pemakanan menjadi lebih sihat. Jika anda sukakan panduan yang saya berikan dalam resepi ini, anda pasti mahu dapatkan Ebook Resepi Eat Clean ini.

Share this with your friends & family!

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Dr Kushairi Zuradi

Dr Kushairi Zuradi

Dr. Kushairi is a medical doctor working in Rehabilitation Medicine which deals with a wide range of diseases including post stroke and amputees. He started Sihatologi.com with the aim to educate as much people to live healthier, happier, better lives and prevent chronic diseases. He was once an obese guy but managed to control it. Loves his coffee black, no sugar and aim to run his first full marathon when the events start rolling again.

Contact Me
Select your currency
USD United States (US) dollar

Discover more from Sihatologi

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Download Your

Free Healthy Recipe Cookbook

In PDF format. Bring anywhere you go. Includes many tasty healthy recipes, step by step guide, nutritional info, meal plan and shopping list. Download Now!

TERUS KE INBOX ANDA!

Panduan pemakanan, kesihatan dan tawaran diskaun hebat.