Resepi Salad Telur Dan Avokado - Mudah, Cepat & Sihat!

Dengan menambah telur yang tinggi dengan sumber protein serta buah avokado yang tinggi dengan lemak sihat membawa salad kita ke tahap yang lebih hebat dan sihat!

Dalam artikel ini:

Terdapat pelbagai cara untuk dapatkan nutrisi daripada salad bersama jenis makanan sihat yang mengenyangkan dan sihat. Dengan menambah telur yang tinggi dengan sumber protein serta buah avokado yang tinggi dengan lemak sihat membawa salad kita ke tahap yang lebih hebat dan sihat!

Resepi salad ini juga sangat mudah dilakukan. Orang yang tak ada skill di dapur pun boleh buat. Cuma perlu sediakan bahan-bahan sahaja.

Bahan-bahan juga adalah bersihat boleh-ubah. Maksudnya jika tidak ada beberapa bahan, anda boleh tambah sahaja bahan-bahan yang anda sudah ada dan dirasakan bersesuaian.

Buah avokado juga bukanlah satu bahan yang biasa kita gunakan. Harganya juga agak boleh tahan di pasaraya. Tetapi jika anda sudah jemu dan serba salah mahu sarapan dengan roti canai atau nasi lemak, mungkin anda boleh selit resepi ini sekali seminggu.

Ia sudah cukup untuk upgrade amalan pemakanan anda menjadi lebih sihat.

Masa yang diperlukan

Masa Prep

10 min

Masa Memasak

0 min


Kandungan nutrisi salad telur dan avokado

Kalori

311 kcal

          

Karbohidrat

8g

Protein

15g

Lemak

26g

Bahan-bahan yang diperlukan

Boleh ubah ikut kesesuaian
  1. 3 biji telur
  2. 2 oz. (60g) salad rocket
  3. ½ lemon, diperah
  4. 1 tsp. minyak zaitun
  5. 1 biji avokado
  6. 1/8 cup (20g) feta cheese
  7. 1 tbsp. sunflower seeds (atau labu)

Cara-caranya

Mudah tanpa perlu memasak
  1. Rebus telur. Jika mahu hard boil rebus selama 5-8 minit.
  2. Letakkan salad roket (atau boleh guna jenis lain) ke dalam mangkuk, kemudian perahkan jus lemon, minyak zaitun dan letakan garam dan lada hitam secukup rasa. Minyak zaitun selalunya saya letak lebih sikit.
  3. Gaulkan salad menggunakan tangan untuk betul-betul ratakan bahan.
  4. Kemudian potong avokado, buang kulit dan biji, potong dalam bentuk dadu.
  5. Letakkan avokado tadi bersama feta cheese yang ditaburkan bersama sunflower seed.
  6. Apabila telur sudah masak, potong 1/4 dan letakkan garam, lada hitam dan jus perahan lemon secukup rasa.

Download resepi ini untuk rujukan dalam smartphone anda

Kongsi

Anda nak cuba resepi salad mudah ini? Kongsikan dengan sahabat dan keluarga anda yang tercari-cari resepi salad yang mudah begini. Mereka mesti berterima kasih dengan anda.

Kalau dah cuba, review di sini okey? Saya nak tahu juga feedback bagaimana.

Anda suka resepi ini?

Resepi ini adalah sebahagian daripada panduan lengkap untuk anda ubah gaya pemakanan menjadi lebih sihat. Jika anda sukakan panduan yang saya berikan dalam resepi ini, anda pasti mahu dapatkan Starter Pack: Makan Lebih Sihat ini.

Ada pendapat atau soalan?

Kongsikan artikel ini ya!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Dr Kushairi Zuradi

Seorang doktor di unit perubatan rehabilitasi. Juga seorang penulis. Sukakan kopinya hitam and pahit. IF telah menjadi rutin harian. Sedang berlatih untuk marathon. Berjaya turunkan berat badan lebih 15kg. Menulis di Sihatologi untuk sebarkan ilmu dan semangat untuk sihat!

Facebook
Baca Lagi!
Pexels.com<\/a>","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"person holding sliced vegetable","orientation":"0"}" data-image-title="pexels-photo-2284166" data-image-description="" data-medium-file="https://i1.wp.com/sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166.jpeg?fit=300%2C225&ssl=1" data-large-file="https://i1.wp.com/sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166.jpeg?fit=800%2C600&ssl=1" data-lazy-srcset="../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_w-1200-ssl-1.jpeg 1200w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-300-225-ssl-1.jpeg 300w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-1024-768-ssl-1.jpeg 1024w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-768-576-ssl-1.jpeg 768w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-800-600-ssl-1.jpeg 800w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-400-300-ssl-1.jpeg 400w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-200-150-ssl-1.jpeg 200w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-853-640-ssl-1.jpeg 853w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-150-113-ssl-1.jpeg 150w, ../sihatologi.com/wp-content/uploads/2020/06/pexels-photo-2284166_resize-600-450-ssl-1.jpeg 600w" data-lazy-sizes="(max-width: 1200px) 100vw, 1200px" srcset=""/>

Suku Suku Separuh: Panduan Lengkap Untuk Anda Mula Hari Ini

SERTAI KEAHLIAN SIHATOLOGI LITE INI DENGAN PERCUMA!

Pelbagai tawaran eksklusif di samping menerima tawaran terbaru daripada kami terus ke inbox anda!
Free Gift!

Download Pek Resepi Sihat ini dengan PERCUMA!

Hadiah untuk anda kerana melawat kami di sini. 15 resepi sihat untuk anda cuba!

SHARING ITU SIHAT!

Share on facebook
Facebook
Share on pinterest
Pinterest
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn