10 amalan gaya hidup sihat
untuk anda amalkan
"Semua orang inginkan badan yang sihat tetapi tidak semua yang berusaha untuk dapatkannya. Kesedaran seharusnya bermula di usia muda."
sihatologi - 2020
Gaya Hidup Sihat
Langkah-langkah
Diet Seimbang
1
Gunakan panduan Pinggan Sihat Malaysia yang memberi gambaran mudah bagaimana kita nak bahagikan kumpulan makanan harian kita.
Bersenam
2
Terdapat banyak kebaikan apabila kita bersenam, ia dapat meningkatkan reaksi badan kepada hormon insulin, menguatkan otot dan juga bantu mengawal tekanan emosi.
Jaga Berat Badan
3
Jika berat badan anda dalam kategori gemuk atau obesiti, anda dalam bahaya. Anda harus fokus kepada usaha mengurangkan berat badan.
Tidur Yang Cukup
4
Tidur yang tidak mencukupi menunjukkan peningkatan risiko untuk mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, strok dan banyak lagi.
Kawal Stress
5
kajian menunjukkan tekanan emosi dikaitkan dengan pelbagai kesan negatif. Antaranya adalah dengan mengganggu sistem pertahanan badan, meningkatkan risiko jangkitan kuman dan penyakit kronik.
Berhenti Merokok
6
Seperti yang diketahui, merokok menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa kepada kematian.
Periksa Kesihatan
7
Kita tidak tahu jika kita tidak dapatkan pemeriksaan. Hampir 50% rakyat Malaysia yang menghidapi kencing manis dan darah tinggi tidak tahu mereka menghidapinya.
Tetapkan Masa Untuk Makan
8
Berpuasa dapat meningkatkan rekasi insulin dalam badan, mengelakkan penyakit kronik dan kanser serta membantu mengurangkan berat badan.
Sertai Komuniti
9
Dalam setiap perkara yang dilakukan dalam hidup, jika dilakukan berseorangan dikhuatiri kita akan berputus asa di tengah jalan.
Guna Teknologi
10
Akhir sekali, di era digital ini, manfaatkan aplikasi digital dan laman web untuk kebaikan dan kesihatan kita. Ada pelbagai aplikasi peranti yang anda boleh muat turun dengan percuma.
Baca Artikel Penuh
Sihatologi.com adalah laman gaya hidup sihat yang menyediakan produk dan servis digital untuk naik taraf kesihatan anda.